[ubuntu-my] [ubuntumy] Soal Selidik Penggunaan Ubuntu di Malaysia

Ahmed Noor Kader Mustajir Md Eusoff sir.ade at gmail.com
Fri Jan 27 03:35:05 UTC 2012


+1

2012/1/27 Mohammad Hafiz mypapit (9W2WTF) <mypapit at gmail.com>

> ok saya berpendapat, elok kalau kita guna model questionaire yang sedia
> diterima pakai di peringkat antarabangsa. Cadangan saya, mungkin boleh guna
> :
>
> 1. Technology Acceptance Model
> 2. Briggs Awareness Model
> 3. Prevalence of Use Model
>
> Perlaksanaan tu saya sokong kalau guna GDocs dan dianalisakan dgn
> menggunakan SPSS (untuk descriptive analysis)mungkin kita akan lihat
> moderating variables yang mempengaruhi decision pengguna2 ubuntu dimalaysia.
>
>
> Akhir sekali, mungkin kita perlu setkan research question (RQ) ataupun
> setkan dalam 1-2 objektif penyelidikan sebelum merangka soal-selidik ni,
> sebab kalau kita tak tentukan 'measureable objective', soalan yang ditanya
> nnt mungkin tak ada 'value' ataupun takboleh reveal maklumat yang berguna
> untuk komuniti.
>
>
>
> 2012/1/27 Mohamad Imran <imtym.aku at gmail.com>
>
>> Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
>>
>> Sebelum ni dalam meeting IRC, saya ada mengutarakan berkenaan kajian
>> penggunaan/pengadaptasian Ubuntu GNU/Linux di Malaysia. Dan maklum balas
>> diterima, masih tiada usaha -- atau setidaknya sedikit rasmi -- tentang
>> penggunaan Ubuntu di kalangan pengguna komputer dalam negara.
>>
>> Oleh itu, saya juga melalui meeting tersebut telah mengesyorkan untuk
>> dibuat satu soal selidik untuk mendapatkan maklumat tersebut. Soal selidik
>> tu nanti boleh dianggap sebagai bancian terhadap adaptasi Ubuntu khususnya
>> dan juga Linux/sumber terbuka/FLOSS secara umumnya.
>>
>> Banyak manfaat sekiranya kita jalankan soal selidik ini. Salah satunya
>> sebagai aktiviti daripada LoCo Team. Kita semua tahu re-approval
>> pendaftaran LoCo telah diluluskan. Dan untuk itu, syarat yang ketat telah
>> diaplikasikan iaitu perlunya aktiviti dijalankan oleh LoCo dalam tempoh
>> kelulusan tersebut. Jadi saya rasa kita patut jalankan satu aktiviti
>> seperti ini. Malah mungkin mengikut tahun jika tak dapat buat setiap kali
>> pelepasan baru.
>>
>> Seterusnya, ianya sebagai satu edaran awam. Sebagai contoh, sekiranya
>> terdapat pihak-pihak yang berminat untuk mengadaptasi Ubuntu (atau sumber
>> terbuka) dalam sesuatu organisasi, hasil soal selidik nanti boleh dijadikan
>> sebagai kajian kes untuk membuat keputusan.
>>
>> Selain itu kita juga boleh mengetahui bagaimanakah penerimaan pengguna
>> terhadap Ubuntu. Macam mana mereka tahu, berapa lama telah menggunakannya,
>> di mana selalunya mereka lepak untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Ini
>> secara tak langsung menjadi kelebihan kepada LoCo untuk merancang aktiviti
>> yang bersesuaian untuk dijalankan.
>>
>> Dan lain-lain ____________ (isi tempat kosong).
>>
>> - - -
>>
>> *Gerak kerja:*
>> Oleh kerana kajian ni berbentuk soal selidik (questionnaire), kita perlu
>> bina set soalan yang berkaitan. Soalan-soalan tersebut boleh berbentuk open
>> ended, dichotomous (yes no, true false), skala, ataupun pandangan.
>>
>> *Bahasa:*
>> Dicadangkan set soalan dibuat dalam dwi bahasa (ms dan en)
>>
>> *Tempoh:*
>> Kita perlu tetapkan satu tempoh bagi menjalankan soal selidik. sehari ke,
>> seminggu ke, sebulan ke. Saya cadangkan lepaskan hasil kajian semasa
>> pelepasan 12.04 nanti.
>>
>> *Geng Pelaksana:*
>> Sesiapa yang berminat dan mempunyai masa lapang. Kalau ada pengalaman
>> atau biasa buat soalan2 dialu-alukan. Saya sedia membantu mana yang boleh.
>> Nanti kalau saya sibuk dengan kerja2 offline saya, faham-fahamlah ye...
>>
>> *Alatan/tools:*
>> Supaya senang nak siapkan laporan tu nanti, mungkin boleh guna apa-apa
>> alatan yang boleh generate laporan. Macam GDocs ke. (Kalau SPSS mmg
>> melampau le.. kui kui)
>>
>> - - -
>>
>> Kalau ada apa-apa nak tambah, silakan.
>>
>> Terima kasih.
>>
>>
>> p/s: Kalau boleh kembangkan idea ni masa meetup nanti. Ku hanya kirim
>> rinduuu di angin cooler fan...
>>
>> --
>> Aku Tetap Aku™
>>
>> http://about.me/MakLaN
>>
>>
>> --
>> Ubuntu-my mailing list
>> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
>> Modify settings or unsubscribe at:
>> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>>
>>
>
>
> --
> something real at :
> Blog : http://blog.mypapit.net
> Website : http://mypapit.net
>
> Yahoo ID: papit58
>
> Codes:
> http://code.google.com/u/mypapit
> http://freshmeat.net/users/papit01
>
> GPG Public Key: mypapit_public.key<http://drop.fakap.net/files/mypapit_id_public.key.txt>
>
>
>
>
>
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at:
> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>
>


-- 
Ahmed Noor Kader Mustajir Md Eusoff
http://mustajir.org
http://launchpad.net/~sir.ade
http://l10n.gnome.org/users/sir_ade/
http://drupal.org/user/184579
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: <https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20120127/35459f09/attachment-0001.html>


More information about the Ubuntu-my mailing list