[ubuntu-my] [ubuntumy] Soal Selidik Penggunaan Ubuntu di Malaysia

najmi.zabidi at gmail.com najmi.zabidi at gmail.com
Fri Jan 27 05:09:39 UTC 2012


Ni sesuai utk org yg nak buat master research project ni.

Cuba luahkan idea survey tu,soalan2nya  so kita bole discuss
 On Jan 27, 2012 11:35 AM, "Ahmed Noor Kader Mustajir Md Eusoff" <
sir.ade at gmail.com> wrote:

> +1
>
> 2012/1/27 Mohammad Hafiz mypapit (9W2WTF) <mypapit at gmail.com>
>
>> ok saya berpendapat, elok kalau kita guna model questionaire yang sedia
>> diterima pakai di peringkat antarabangsa. Cadangan saya, mungkin boleh guna
>> :
>>
>> 1. Technology Acceptance Model
>> 2. Briggs Awareness Model
>> 3. Prevalence of Use Model
>>
>> Perlaksanaan tu saya sokong kalau guna GDocs dan dianalisakan dgn
>> menggunakan SPSS (untuk descriptive analysis)mungkin kita akan lihat
>> moderating variables yang mempengaruhi decision pengguna2 ubuntu dimalaysia.
>>
>>
>> Akhir sekali, mungkin kita perlu setkan research question (RQ) ataupun
>> setkan dalam 1-2 objektif penyelidikan sebelum merangka soal-selidik ni,
>> sebab kalau kita tak tentukan 'measureable objective', soalan yang ditanya
>> nnt mungkin tak ada 'value' ataupun takboleh reveal maklumat yang berguna
>> untuk komuniti.
>>
>>
>>
>> 2012/1/27 Mohamad Imran <imtym.aku at gmail.com>
>>
>>> Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
>>>
>>> Sebelum ni dalam meeting IRC, saya ada mengutarakan berkenaan kajian
>>> penggunaan/pengadaptasian Ubuntu GNU/Linux di Malaysia. Dan maklum balas
>>> diterima, masih tiada usaha -- atau setidaknya sedikit rasmi -- tentang
>>> penggunaan Ubuntu di kalangan pengguna komputer dalam negara.
>>>
>>> Oleh itu, saya juga melalui meeting tersebut telah mengesyorkan untuk
>>> dibuat satu soal selidik untuk mendapatkan maklumat tersebut. Soal selidik
>>> tu nanti boleh dianggap sebagai bancian terhadap adaptasi Ubuntu khususnya
>>> dan juga Linux/sumber terbuka/FLOSS secara umumnya.
>>>
>>> Banyak manfaat sekiranya kita jalankan soal selidik ini. Salah satunya
>>> sebagai aktiviti daripada LoCo Team. Kita semua tahu re-approval
>>> pendaftaran LoCo telah diluluskan. Dan untuk itu, syarat yang ketat telah
>>> diaplikasikan iaitu perlunya aktiviti dijalankan oleh LoCo dalam tempoh
>>> kelulusan tersebut. Jadi saya rasa kita patut jalankan satu aktiviti
>>> seperti ini. Malah mungkin mengikut tahun jika tak dapat buat setiap kali
>>> pelepasan baru.
>>>
>>> Seterusnya, ianya sebagai satu edaran awam. Sebagai contoh, sekiranya
>>> terdapat pihak-pihak yang berminat untuk mengadaptasi Ubuntu (atau sumber
>>> terbuka) dalam sesuatu organisasi, hasil soal selidik nanti boleh dijadikan
>>> sebagai kajian kes untuk membuat keputusan.
>>>
>>> Selain itu kita juga boleh mengetahui bagaimanakah penerimaan pengguna
>>> terhadap Ubuntu. Macam mana mereka tahu, berapa lama telah menggunakannya,
>>> di mana selalunya mereka lepak untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Ini
>>> secara tak langsung menjadi kelebihan kepada LoCo untuk merancang aktiviti
>>> yang bersesuaian untuk dijalankan.
>>>
>>> Dan lain-lain ____________ (isi tempat kosong).
>>>
>>> - - -
>>>
>>> *Gerak kerja:*
>>> Oleh kerana kajian ni berbentuk soal selidik (questionnaire), kita perlu
>>> bina set soalan yang berkaitan. Soalan-soalan tersebut boleh berbentuk open
>>> ended, dichotomous (yes no, true false), skala, ataupun pandangan.
>>>
>>> *Bahasa:*
>>> Dicadangkan set soalan dibuat dalam dwi bahasa (ms dan en)
>>>
>>> *Tempoh:*
>>> Kita perlu tetapkan satu tempoh bagi menjalankan soal selidik. sehari
>>> ke, seminggu ke, sebulan ke. Saya cadangkan lepaskan hasil kajian semasa
>>> pelepasan 12.04 nanti.
>>>
>>> *Geng Pelaksana:*
>>> Sesiapa yang berminat dan mempunyai masa lapang. Kalau ada pengalaman
>>> atau biasa buat soalan2 dialu-alukan. Saya sedia membantu mana yang boleh.
>>> Nanti kalau saya sibuk dengan kerja2 offline saya, faham-fahamlah ye...
>>>
>>> *Alatan/tools:*
>>> Supaya senang nak siapkan laporan tu nanti, mungkin boleh guna apa-apa
>>> alatan yang boleh generate laporan. Macam GDocs ke. (Kalau SPSS mmg
>>> melampau le.. kui kui)
>>>
>>> - - -
>>>
>>> Kalau ada apa-apa nak tambah, silakan.
>>>
>>> Terima kasih.
>>>
>>>
>>> p/s: Kalau boleh kembangkan idea ni masa meetup nanti. Ku hanya kirim
>>> rinduuu di angin cooler fan...
>>>
>>> --
>>> Aku Tetap Aku™
>>>
>>> http://about.me/MakLaN
>>>
>>>
>>> --
>>> Ubuntu-my mailing list
>>> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
>>> Modify settings or unsubscribe at:
>>> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>>>
>>>
>>
>>
>> --
>> something real at :
>> Blog : http://blog.mypapit.net
>> Website : http://mypapit.net
>>
>> Yahoo ID: papit58
>>
>> Codes:
>> http://code.google.com/u/mypapit
>> http://freshmeat.net/users/papit01
>>
>> GPG Public Key: mypapit_public.key<http://drop.fakap.net/files/mypapit_id_public.key.txt>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>> --
>> Ubuntu-my mailing list
>> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
>> Modify settings or unsubscribe at:
>> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>>
>>
>
>
> --
> Ahmed Noor Kader Mustajir Md Eusoff
> http://mustajir.org
> http://launchpad.net/~sir.ade
> http://l10n.gnome.org/users/sir_ade/
> http://drupal.org/user/184579
>
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at:
> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>
>
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: <https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20120127/902abf13/attachment.html>


More information about the Ubuntu-my mailing list