[ubuntu-my] [ubuntumy] Soal Selidik Penggunaan Ubuntu di Malaysia
Mohammad Hafiz mypapit (9W2WTF)
mypapit at gmail.com
Fri Jan 27 03:29:21 UTC 2012
ok saya berpendapat, elok kalau kita guna model questionaire yang sedia
diterima pakai di peringkat antarabangsa. Cadangan saya, mungkin boleh guna
:
1. Technology Acceptance Model
2. Briggs Awareness Model
3. Prevalence of Use Model
Perlaksanaan tu saya sokong kalau guna GDocs dan dianalisakan dgn
menggunakan SPSS (untuk descriptive analysis)mungkin kita akan lihat
moderating variables yang mempengaruhi decision pengguna2 ubuntu dimalaysia.
Akhir sekali, mungkin kita perlu setkan research question (RQ) ataupun
setkan dalam 1-2 objektif penyelidikan sebelum merangka soal-selidik ni,
sebab kalau kita tak tentukan 'measureable objective', soalan yang ditanya
nnt mungkin tak ada 'value' ataupun takboleh reveal maklumat yang berguna
untuk komuniti.
2012/1/27 Mohamad Imran <imtym.aku at gmail.com>
> Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
>
> Sebelum ni dalam meeting IRC, saya ada mengutarakan berkenaan kajian
> penggunaan/pengadaptasian Ubuntu GNU/Linux di Malaysia. Dan maklum balas
> diterima, masih tiada usaha -- atau setidaknya sedikit rasmi -- tentang
> penggunaan Ubuntu di kalangan pengguna komputer dalam negara.
>
> Oleh itu, saya juga melalui meeting tersebut telah mengesyorkan untuk
> dibuat satu soal selidik untuk mendapatkan maklumat tersebut. Soal selidik
> tu nanti boleh dianggap sebagai bancian terhadap adaptasi Ubuntu khususnya
> dan juga Linux/sumber terbuka/FLOSS secara umumnya.
>
> Banyak manfaat sekiranya kita jalankan soal selidik ini. Salah satunya
> sebagai aktiviti daripada LoCo Team. Kita semua tahu re-approval
> pendaftaran LoCo telah diluluskan. Dan untuk itu, syarat yang ketat telah
> diaplikasikan iaitu perlunya aktiviti dijalankan oleh LoCo dalam tempoh
> kelulusan tersebut. Jadi saya rasa kita patut jalankan satu aktiviti
> seperti ini. Malah mungkin mengikut tahun jika tak dapat buat setiap kali
> pelepasan baru.
>
> Seterusnya, ianya sebagai satu edaran awam. Sebagai contoh, sekiranya
> terdapat pihak-pihak yang berminat untuk mengadaptasi Ubuntu (atau sumber
> terbuka) dalam sesuatu organisasi, hasil soal selidik nanti boleh dijadikan
> sebagai kajian kes untuk membuat keputusan.
>
> Selain itu kita juga boleh mengetahui bagaimanakah penerimaan pengguna
> terhadap Ubuntu. Macam mana mereka tahu, berapa lama telah menggunakannya,
> di mana selalunya mereka lepak untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Ini
> secara tak langsung menjadi kelebihan kepada LoCo untuk merancang aktiviti
> yang bersesuaian untuk dijalankan.
>
> Dan lain-lain ____________ (isi tempat kosong).
>
> - - -
>
> *Gerak kerja:*
> Oleh kerana kajian ni berbentuk soal selidik (questionnaire), kita perlu
> bina set soalan yang berkaitan. Soalan-soalan tersebut boleh berbentuk open
> ended, dichotomous (yes no, true false), skala, ataupun pandangan.
>
> *Bahasa:*
> Dicadangkan set soalan dibuat dalam dwi bahasa (ms dan en)
>
> *Tempoh:*
> Kita perlu tetapkan satu tempoh bagi menjalankan soal selidik. sehari ke,
> seminggu ke, sebulan ke. Saya cadangkan lepaskan hasil kajian semasa
> pelepasan 12.04 nanti.
>
> *Geng Pelaksana:*
> Sesiapa yang berminat dan mempunyai masa lapang. Kalau ada pengalaman atau
> biasa buat soalan2 dialu-alukan. Saya sedia membantu mana yang boleh. Nanti
> kalau saya sibuk dengan kerja2 offline saya, faham-fahamlah ye...
>
> *Alatan/tools:*
> Supaya senang nak siapkan laporan tu nanti, mungkin boleh guna apa-apa
> alatan yang boleh generate laporan. Macam GDocs ke. (Kalau SPSS mmg
> melampau le.. kui kui)
>
> - - -
>
> Kalau ada apa-apa nak tambah, silakan.
>
> Terima kasih.
>
>
> p/s: Kalau boleh kembangkan idea ni masa meetup nanti. Ku hanya kirim
> rinduuu di angin cooler fan...
>
> --
> Aku Tetap Aku™
>
> http://about.me/MakLaN
>
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at:
> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>
>
--
something real at :
Blog : http://blog.mypapit.net
Website : http://mypapit.net
Yahoo ID: papit58
Codes:
http://code.google.com/u/mypapit
http://freshmeat.net/users/papit01
GPG Public Key:
mypapit_public.key<http://drop.fakap.net/files/mypapit_id_public.key.txt>
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: <https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20120127/d6f09a8a/attachment.html>
More information about the Ubuntu-my
mailing list