[ubuntu-my] [ubuntumy] Soal Selidik Penggunaan Ubuntu di Malaysia

Mohamad Imran imtym.aku at gmail.com
Thu Jan 26 16:38:49 UTC 2012


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ni dalam meeting IRC, saya ada mengutarakan berkenaan kajian
penggunaan/pengadaptasian Ubuntu GNU/Linux di Malaysia. Dan maklum balas
diterima, masih tiada usaha -- atau setidaknya sedikit rasmi -- tentang
penggunaan Ubuntu di kalangan pengguna komputer dalam negara.

Oleh itu, saya juga melalui meeting tersebut telah mengesyorkan untuk
dibuat satu soal selidik untuk mendapatkan maklumat tersebut. Soal selidik
tu nanti boleh dianggap sebagai bancian terhadap adaptasi Ubuntu khususnya
dan juga Linux/sumber terbuka/FLOSS secara umumnya.

Banyak manfaat sekiranya kita jalankan soal selidik ini. Salah satunya
sebagai aktiviti daripada LoCo Team. Kita semua tahu re-approval
pendaftaran LoCo telah diluluskan. Dan untuk itu, syarat yang ketat telah
diaplikasikan iaitu perlunya aktiviti dijalankan oleh LoCo dalam tempoh
kelulusan tersebut. Jadi saya rasa kita patut jalankan satu aktiviti
seperti ini. Malah mungkin mengikut tahun jika tak dapat buat setiap kali
pelepasan baru.

Seterusnya, ianya sebagai satu edaran awam. Sebagai contoh, sekiranya
terdapat pihak-pihak yang berminat untuk mengadaptasi Ubuntu (atau sumber
terbuka) dalam sesuatu organisasi, hasil soal selidik nanti boleh dijadikan
sebagai kajian kes untuk membuat keputusan.

Selain itu kita juga boleh mengetahui bagaimanakah penerimaan pengguna
terhadap Ubuntu. Macam mana mereka tahu, berapa lama telah menggunakannya,
di mana selalunya mereka lepak untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Ini
secara tak langsung menjadi kelebihan kepada LoCo untuk merancang aktiviti
yang bersesuaian untuk dijalankan.

Dan lain-lain ____________ (isi tempat kosong).

- - -

*Gerak kerja:*
Oleh kerana kajian ni berbentuk soal selidik (questionnaire), kita perlu
bina set soalan yang berkaitan. Soalan-soalan tersebut boleh berbentuk open
ended, dichotomous (yes no, true false), skala, ataupun pandangan.

*Bahasa:*
Dicadangkan set soalan dibuat dalam dwi bahasa (ms dan en)

*Tempoh:*
Kita perlu tetapkan satu tempoh bagi menjalankan soal selidik. sehari ke,
seminggu ke, sebulan ke. Saya cadangkan lepaskan hasil kajian semasa
pelepasan 12.04 nanti.

*Geng Pelaksana:*
Sesiapa yang berminat dan mempunyai masa lapang. Kalau ada pengalaman atau
biasa buat soalan2 dialu-alukan. Saya sedia membantu mana yang boleh. Nanti
kalau saya sibuk dengan kerja2 offline saya, faham-fahamlah ye...

*Alatan/tools:*
Supaya senang nak siapkan laporan tu nanti, mungkin boleh guna apa-apa
alatan yang boleh generate laporan. Macam GDocs ke. (Kalau SPSS mmg
melampau le.. kui kui)

- - -

Kalau ada apa-apa nak tambah, silakan.

Terima kasih.


p/s: Kalau boleh kembangkan idea ni masa meetup nanti. Ku hanya kirim
rinduuu di angin cooler fan...

-- 
Aku Tetap Aku™

http://about.me/MakLaN
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: <https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20120127/edcbf575/attachment-0001.html>


More information about the Ubuntu-my mailing list