[ubuntu-my] Wiki ubuntu-my

ApOgEE jerungkun at gmail.com
Sat Mar 21 11:45:32 GMT 2009


Nicholas Ng,

We have fixed the logo problem on http://ubuntu.com.my . Please test more
and comment. Thanks.


Pengurus Jom Linux,

Linux dalam bahasa malaysia masih dalam progres. Kami memerlukan pakar-pakar
terjemahan yang rajin untuk menterjemah Ubuntu ke bahasa Malaysia. Anda
boleh tengok Ubuntu dalam bahasa malaysia yang saya gunakan di:

http://wiki.ubuntu.com.my/Fail:Palang-menu-utama.png

Masih banyak lagi bahagian yang perlu diterjemah. Diharapkan, semakin ramai
ahli komuniti yang turut serta bekerjasama menterjemah ubuntu ke bahasa
malaysia. Jika ada bahagian yang perlu dibincang, sila bincang dengan hati
terbuka di forum ubuntu. http://forums.ubuntu.com.my

Untuk menjadi Official Ubuntu Member, anda perlu membuat sumbangan yang
boleh di nilai oleh Lembaga yang meluluskan keahlian anda. Aku sendiri
pernah cuba dan pernah gagal untuk mendapatkan kelulusan. Namun, usaha aku
tetap diteruskan untuk membangunkan komuniti dan mungkin suatu masa nanti,
mereka akan luluskan juga.

Salah satu cara untuk menyumbang adalah dengan membantu penterjemah, bergiat
aktif dengan LoCo Team dan banyak lagi seperti yang di terangkan dalam
bahagian Get Involved (http://www.ubuntu.com/community/participate)

Untuk IRC, marilah memeriahkan channel #ubuntu-my di server irc.freenode.net

untuk soalan no6, bantulah kami membuat tutorial tersebut, terima kasih

untuk no7, semua yang dibuat oleh ahli komuniti bergantung kepada minat dan
mood semasa. ia bukanlah tugas yang dibayar gaji. oleh itu aku fikir, kalau
sekarang ni hangat2 tahi ayam pun, biarkan kehangatan tu berlalu, semoga
usaha ini disambung oleh mereka yang lebih berdedikasi, punya masa dan
kederat yang sudi di sedekahkan kepada pembangunan komuniti ini. semua benda
ni berjalan perlahan2 sebab ianya bergantung kepada berapa ramai yang
membantu dan berapa banyak masa (man hour) yg diperlukan untuk menyelesaikan
sesuatu tugas. Jika anda punya masa dan tidak keberatan untuk membantu,
sangat kami alu-alukan

untuk no9, setahu aku, takde pembahagian tugas yang formal pun, siapa ada
masa, sudi nak tolong, masuk je korum dan tolong apa yang patut. biasanya ia
mengikut kemahiran dan kemampuan sipolan tersebut. jika beliau mampu dan
rajin membantu menjawab soalan di forum, kami lantik beliau menjadi
Moderator. Jika beliau mahir dengan rekabentuk web, kami ajak beliau
membaiki web, jika beliau rajin menulis artikel, kami jemput menulis wiki
dan jika beliau boleh menterjemah, kami jemput menterjemah.

"Kami" yang aku maksudkan adalah komuniti Ubuntu Malaysia. Ia melibatkan
aku, ahli komuniti lain termasuk anda. Suara "kami" adalah suara majoriti
yang telah dibincang di kedai-kedai kopi, di YM-YM, channel IRC, SMS, dan
bila2 masa yang boleh dibuat pertemuan atau Meetup atau Lepaking atau
sewaktu dengannya. Jika ada yang tak bersetuju dengan apa-apa bahagian, sila
usulkan dan ianya boleh dibincangkan dengan baik. No heart feeling (ups..
aku merojak dengan sengaja.. heheh)

Semoga dengan adanya bantuan anda dalam komuniti ini, akan lebih berkembang
pesatlah hendaknya komuniti ini. Terima kasih!


Semoga Maju Jaya!!



2009/3/21 Mohd Faizul Bin Zulkipli <gunbladeiv at gmail.com>

> -----BEGIN PGP SIGNED MESSAGE-----
> Hash: SHA1
>
> Pengurus Jom Linux wrote:
> > isu pejuang ke x pejuang x timbul. slagi mana kita cintakan bahasa.
> > tu yg mengikat indonesia smpi leh kuar Linux sndiri (dlm bahsa
> > sendiri).
> >
> > hehe :D oklah. anggap jelah isu bahasa tu selesai. aku tak mau
> > heret panjang2 sbb aku nak jwb tntg permasalahan lain. mmndgkn ini
> > ruang ubuntu jd aku fokuskn pd ubuntu.
> >
> > 1. Kpd fenris & firdaus : JL x keberatan tuk letak aktivit kami di
> > UiTM Perlis di bwh Ubuntu-MY. Tntg letak dlm wiki tu, kemungkinan
> > kami akn letak dlm minggu depan.
> >
> > 2. Sy terima pelawaan tuk jdi Ubuntu Member. Namun sy kurang pasti
> >  mcmana nak daftarkn diri jd ahli tu. Ada gak bc kat wiki ubuntu.
> > kena wat wiki sndiri, irc dll. tp tak brp pasti itu ke caranya.
> > Harap beri tunjuk ajar.
> >
> > 3. Trimas sbb puji video tu. Vid tu sume wat pakai Kdenlive (leh
> > tgk kat youtube.com/jomlinux) . Jd menunjukkan perisian sumber
> > tbuka leh gak wat bnd2 canggih! Isu kos blum timbul lg wat me nie.
> > cuma mgkn tenaga kerja tu kurang.
> >
> > 4. Utk perancangan baru nie, kami sdg sibuk tuk wat buku OpenOffice
> >  Writer + Video. Yg kemungkinn besar akan minta syarikat PTS tuk
> > terbitkan buku ini.
> >
> > 5. Utk Ubuntu-MY nie, kluar + wat tinjauan tntg apa pengguna
> > desktop mintak. Bila JL wat program ramai org suka Ubuntu psl bebas
> > virus,jrg rosak dan stabil...mmg betul. Tp depa akan tny apa
> > "Ubuntu ni leh guna wat taip word ke apa ke", "leh baca ke
> > microsoft punyer word?" dll.. Yang ini kita kena tekankan. tekankan
> > kepenggunaan ubuntu. masa buka booth atau wat ceramah JL dah setkan
> > tunjuk camne guna OO, F-spot, GIMP, Rhythmbox.
> >
> >
> > 6. Pndgn JL tntg wiki, satu yg bagus...tp hrp korang tekankan
> > tutorial yg melibatkan aplikasi mcm yg sy sebutkn td...kalu slalu
> > org guna terminal. tukarkan jd GUI. tu lbh mudah.
> >
> > 7. Pastikan pembgunan Ubuntu-MY sederhana dan berterusan. Kt org
> > tua2 jgn hangat2 tahi ayam.. :D sbb kalu korang wat cam wiki. sy
> > analogikan cam wat kete. asalnya utk mudahkn bergerak tp bila ada
> > kete kena plak tukar minyak itam, peksa tyr itu dan ini. Jd, kalu
> > komuniti kita msh kecil. Kita wat apa yg termampu smpi optimum.
> > Baru wat bnd lain2. kalu tak nnti wat skali, terus tinggalkn. mcm
> > forum kita tu msh perlahan lg. Terjemahan pun sama.
> >
> > 8. JL pun ada sumber terbatas, jd kitaorg byk fokus pada
> > latihan,ceramah,booth dll...jd tuk menyumbang byk artikel pd wiki.
> > terus terang ckp kitaorg leh buh yg berkaitan JL je wat masa ni.
> >
> > 9. Lg satu, sy kurang pasti mcmana Ubuntu-MY ni membhg tugas ke
> > apa. ada jawatankuasa ke mcmana? si polan dikhususkan pd tugas itu
> > ke tugas ini?
> >
> >
> > 10. harap terima dgn ati terbuka.
> >
> memandangkan saudara JL sudah pun memulakan operasi menulis buku
> menerangkan penggunaan Open Office dan lain-lain, jadi saya fikir
> kalau saudara JL tidak keberatan, bolehkah kami menggunakan isi
> kandungan buku tersebut untuk dimuatkan di dalam wiki?
>
> Mengenai pembangunan wiki, ianya dibangunkan di atas permintaan ahli
> Ubuntu-my sendiri yang memikirkan ada baiknya ubuntu-my memiliki wiki
> sendiri bagi memudahkan pengumpulan tutorial dan himpunan segala
> dokumentasi di dalam Bahasa Malaysia.  Sebelum ini, kumpulan webmaster
> ubuntu-my tidak membangunkan wiki kerana memikirkan masa masih belum
> sesuai memandangkan setahun/beberapa tahun yang lepas, komuniti ini
> amat kecil sehingga hanya melibatkan beberapa individu sahaja yang
> benar-benar komited membangunkan komuniti ini.
>
> Soalan-soalan JL yang lain adalah lebih sesuai dijawab oleh ahli-ahli
> lain yang lebih berpengalaman.
> -----BEGIN PGP SIGNATURE-----
> Version: GnuPG v1.4.3 (MingW32)
> Comment: Using GnuPG with Mozilla - http://enigmail.mozdev.org
>
> iD4DBQFJxNDVx3acz6U9C+sRAmCdAJj2A3ADv07nViqrJo/9F5mzMG+eAJwM9Mh+
> /ETsndfw/pqpHcs/CWUScQ==
> =AJyO
> -----END PGP SIGNATURE-----
>
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at:
> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>



-- 
Best Wishes,

ApOgEE a.k.a JeRuNgKuN
----------------------------------------------------
https://edge.launchpad.net/~apogee - ApOgEE on LaunchPad
http://artofapogee.blogspot.com - Art Of ApOgEE
http://coderstalk.blogspot.com - Coder's Talk
----------------------------------------------------
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20090321/f8e86d55/attachment.htm 


More information about the Ubuntu-my mailing list