[ubuntu-my] Ubuntu Amy Search Signature Edition

Hasanuddin Abu Bakar bizkutrai at gmail.com
Thu Jun 18 13:26:52 BST 2009


-----BEGIN PGP SIGNED MESSAGE-----
Hash: SHA1

Saya dengan berbesar hati mengumumkan bahawa saudara Suhaimi Abdul
Rahman a.k.a Amy (vokalis otai band Search) bersetuju untuk
mengeluarkan Amy's Signature Netbook yang akan dipasang dengan Ubuntu
khas untuk peminat Search dan Ubuntu. Netbook ini akan ditandatangani
oleh Amy sendiri dan keluarannya adalah terhad, mungkin 1000 unit atau
lebih jika mendapat sambutan baik dari peminat. Ubuntu yang akan
dipasang akan dilengkapi dengan wallpaper/theme yang bertemakan
Kumpulan Search bersama beberapa sampel lagu dalam bentuk MP3/OGG dari
Search. Model/jenama netbook masih belum ditetapkan dan mungkin
sesiapa dapat memberi cadangan yang terbaik dari segi kos dan
kesesuaian dengan Ubuntu.

Jadi, saya bercadang untuk membangunkan theme/artwork atau mungkin
distro khas untuk edisi ini. Customizing ini akan dilepaskan dengan
lesen GPL atau lesen yang sesuai yang mengikut kehendak Ubuntu. Jadi
segala kerja (software) akan dapat dimuat turun oleh sesiapa dengan
lesen tersebut dalam bentuk theme atau livecd/installercd. Segala dana
untuk development sedang dibincangkan. Penjimatan kos daripada
pembelian DVD Windows Vista original mungkin akan diserapkan ke dalam
development. (rm200 x 1000 unit = rm200,000?)

Jadi dengan adanya icon Lagenda Rock Malaysia yang sedikit sebanyak
dapat mempromosikan Ubuntu di Malaysia, pelbagai agenda sedang
dirancang untuk mempromosikan produk ini, contohnya Linux Varsiti dan
Amy akan turun padang bersama team Ubuntu-my.

Jadi saya meminta rakan-rakan yang berminat (mungkin diehardfan
Search) untuk menyumbangkan sedikit tenaga dari segi code/artwork
untuk development projek ini (dana sedang dibincangkan) untuk peminat
Search dan juga Ubuntu. Segala kutukan dan cadangan membina amatlah
dialu-alukan. Terima kasih.

p/s Distro khas ini mungkin tidak akan menggunakan nama Ubuntu jika
modifikasi berat dilakukan untuk mengelakkan isu trademark Canonical.
Jadi, nama distro akan dicadangkan kemudian jika isu ini timbul.



Hasanuddin Abu Bakar
- -------------------------------
Ubuntu embedded developer/tester
https://wiki.ubuntu.com/bizkut

Get FireGPG for your Firefox! http://getfiregpg.org

PGP Public Key http://keyserver.ubuntu.com:11371/pks/lookup?search=0xD25748FC1754D52DAFA5EA8EC5A1B11965D43C5C&op=index


-----BEGIN PGP SIGNATURE-----
Version: GnuPG v1.4.9 (Darwin)
Comment: Use GnuPG with Firefox : http://getfiregpg.org (Version: 0.7.5)

iEYEARECAAYFAko6MnkACgkQxaGxGWXUPFz5egCgtxzz7ZFN7zzhfsGTFGG6V08m
vKcAoL38npttfNfKfsaISG4wP3ldDkBK
=3uU/
-----END PGP SIGNATURE-----



More information about the Ubuntu-my mailing list