[ubuntu-my] Ubuntu Amy Search Signature Edition

Eric Yeoh msiantuxlover at gmail.com
Thu Jun 25 08:50:45 BST 2009


Nice, what are the specs bro?

Eric

2009/6/18 Hasanuddin Abu Bakar <bizkutrai at gmail.com>:
> -----BEGIN PGP SIGNED MESSAGE-----
> Hash: SHA1
>
> Saya dengan berbesar hati mengumumkan bahawa saudara Suhaimi Abdul
> Rahman a.k.a Amy (vokalis otai band Search) bersetuju untuk
> mengeluarkan Amy's Signature Netbook yang akan dipasang dengan Ubuntu
> khas untuk peminat Search dan Ubuntu. Netbook ini akan ditandatangani
> oleh Amy sendiri dan keluarannya adalah terhad, mungkin 1000 unit atau
> lebih jika mendapat sambutan baik dari peminat. Ubuntu yang akan
> dipasang akan dilengkapi dengan wallpaper/theme yang bertemakan
> Kumpulan Search bersama beberapa sampel lagu dalam bentuk MP3/OGG dari
> Search. Model/jenama netbook masih belum ditetapkan dan mungkin
> sesiapa dapat memberi cadangan yang terbaik dari segi kos dan
> kesesuaian dengan Ubuntu.
>
> Jadi, saya bercadang untuk membangunkan theme/artwork atau mungkin
> distro khas untuk edisi ini. Customizing ini akan dilepaskan dengan
> lesen GPL atau lesen yang sesuai yang mengikut kehendak Ubuntu. Jadi
> segala kerja (software) akan dapat dimuat turun oleh sesiapa dengan
> lesen tersebut dalam bentuk theme atau livecd/installercd. Segala dana
> untuk development sedang dibincangkan. Penjimatan kos daripada
> pembelian DVD Windows Vista original mungkin akan diserapkan ke dalam
> development. (rm200 x 1000 unit = rm200,000?)
>
> Jadi dengan adanya icon Lagenda Rock Malaysia yang sedikit sebanyak
> dapat mempromosikan Ubuntu di Malaysia, pelbagai agenda sedang
> dirancang untuk mempromosikan produk ini, contohnya Linux Varsiti dan
> Amy akan turun padang bersama team Ubuntu-my.
>
> Jadi saya meminta rakan-rakan yang berminat (mungkin diehardfan
> Search) untuk menyumbangkan sedikit tenaga dari segi code/artwork
> untuk development projek ini (dana sedang dibincangkan) untuk peminat
> Search dan juga Ubuntu. Segala kutukan dan cadangan membina amatlah
> dialu-alukan. Terima kasih.
>
> p/s Distro khas ini mungkin tidak akan menggunakan nama Ubuntu jika
> modifikasi berat dilakukan untuk mengelakkan isu trademark Canonical.
> Jadi, nama distro akan dicadangkan kemudian jika isu ini timbul.
>
>
>
> Hasanuddin Abu Bakar
> - -------------------------------
> Ubuntu embedded developer/tester
> https://wiki.ubuntu.com/bizkut
>
> Get FireGPG for your Firefox! http://getfiregpg.org
>
> PGP Public Key http://keyserver.ubuntu.com:11371/pks/lookup?search=0xD25748FC1754D52DAFA5EA8EC5A1B11965D43C5C&op=index
>
>
> -----BEGIN PGP SIGNATURE-----
> Version: GnuPG v1.4.9 (Darwin)
> Comment: Use GnuPG with Firefox : http://getfiregpg.org (Version: 0.7.5)
>
> iEYEARECAAYFAko6MnkACgkQxaGxGWXUPFz5egCgtxzz7ZFN7zzhfsGTFGG6V08m
> vKcAoL38npttfNfKfsaISG4wP3ldDkBK
> =3uU/
> -----END PGP SIGNATURE-----
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at: https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>



More information about the Ubuntu-my mailing list