[ubuntu-my] Pasukan Terjemahan
Harisfazillah Jamel
linuxmalaysia at gmail.com
Fri Jul 31 02:46:21 BST 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Boleh saya selaraskan kerja-kerja terjemahan dengan Ubuntu-my
sebab saya rasakan ramai daripada kita menjalankan kerja terjemahan
secara individu berdasarkan minat kepada perisian tertentu.
Perkara-perkara yang saya mahu lakukan
(1) Mewujudkan penyelarasan kerja-kerja penterjemahan berdasarkan
keutamaan perisian. Contohnya
- Firefox, OpenOffice, Gnome dan KDE. Perisian-perisian ini
sudah besar daripada segi jumlah baris kod.
(2) Mewujudkan pangkalan data bagi penterjemahan. Pangkalan
data ini penting bagi memudahkan rujukan dan juga penyelarasan
penggunaan bahasa.
(3) Mewujudkan kerjasama dengan pihak luar seperti Persatuan
Penterjemah Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka
(4) Bergabung dengan kumpulan penterjemahan yang lain. Bagi
maksud ini cadangan untuk bersama dengan senarai email Teraju
http://groups.yahoo.com/group/teraju/
Email akan turut saya sampaikan kepada Kumpulan Teraju untuk
pandangan.
(5) Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi terjemahan seperti
sesi JAM Translation dengan kerjasama Universiti-universiti.
(6) Mewujudkan satu kumpulan teknikal bagi membantu mempercepatkan
hasil usaha terjemahan diterima oleh "upstream"
Sekian, Terima kasih....
Harisfazillah Jamel
More information about the Ubuntu-my
mailing list