[ubuntu-my] Mesyuarat IRC Ubuntu-MY Julai 2009
ubuntuseekers at aol.com
ubuntuseekers at aol.com
Thu Jul 23 12:27:42 BST 2009
Mesyuarat IRC Ubuntu-MY Julai 2009
* Tarikh : 21 Julai 2009
* Masa : 9.00 p.m (+8 GMT)
* Tempat : #ubuntu-my | Freenode | IRC Ubuntu-MY
Agenda Perbincangan
# Penstrukturan organisasi komuniti Ubuntu-MY.
# Proses migrasi profil Launcpad (dari ~malaysianteam ke ~ubuntu-my).
# Cara mempromosikan komuniti Ubuntu-MY.
# Cadangan untuk mendaftarkan Ubuntu-MY kepada ROS.
# Langkah memperoleh dana untu aktiviti Ubuntu-MY.
# Ubuntu Global Jam.
# Pameran OSS di UKM.
Rumusan Mesyuarat
Penstrukturan organisasi Ubuntu-MY
1. dicadangkan oleh nbliang.
2. AJK terdiri dari Ketua, Bendahari, Setiausaha dan lima (5) lagi AJK
tertumpu (sila rujuk carta disini).
3. Undian telah dijalankan dan keputusan adalah seperti berikut:-
Ketua : e-jat
Bendahari : itiknila
Setiausaha : jipang_menjerit
Tehnicial : BuffaloSoldier
Biz/Marketing : blackblurry
Community : norly
Documentation and Translation - KatieKitty
Web - mypapit
Proses migrasi profil Launchpad
1. nbliang memaklumkan profil asal Launchpad Ubuntu-MY (~malaysianteam)
akan berpindah ke ~ubuntu-my.
2. Sistem "Luput Keahlian" (membership expiration) diperkenalkan.
Langkah promosi komuniti Ubuntu-MY
1. nbliang mencadangkan agenda ini diserahkan kepada pasukan
Biz/Marketing.
Mendaftarkan Ubuntu-MY kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
Malaysia.
1. jipang_menjerit membantah cadangan ini kerana berkaitan dengan
keahlian pelajar universiti.
2. linuxmalaysia menekankan tentang perlantikan AJK penaja dan
selebihnya blackblurry menerangkan tentang proses pendaftaran
pertubuhan melalui ROS.
Dana untu komuniti Ubuntu-MY
1. norly mencadangkan membuat jualan (t-shirt, servis, bengkel latihan,
dll.).
2. e-jat memberitahu Canonical ada menyediakan dana khas untuk LoCo
sebanyak US$30, bagaimanapun perlu disemak semula untuk kepastian nilai
sebenar.
Ubuntu Global Jam (rujuk disini)
1. e-jat memberi penerangan ringkas tentang Ubuntu Global Jam
2. tarikh dan tempat akan ditetapkan dalam meeting akan datang
Pameran OSS di UKM
1. dibangkitkan oleh linuxmalaysia.
2. Dimaklumkan pameran ini akan berlangsung pada 27 Julai 2009 (Isnin).
3. Booth komuniti dan OSCC akan diasingkan setelah linuxmalaysia
mendapat kepastian dari e-jat.
Mesyuarat kemudian di tangguhkan sehingga masa yang akan diberitahu
kelak.
---------------------------------------------------------
Muhd Syazwan @ jipang_menjerit
www.ubuntuseekers.com
blog.ubuntuseekers.com
More information about the Ubuntu-my
mailing list