[ubuntu-my] Pelan Cadangan Pembangunan OSS Malaysia

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia at gmail.com
Thu Jul 16 07:30:09 BST 2009


Pelan Cadangan Pembangunan OSS Malaysia

Kami memerlukan pendapat umum dalam membuat perancangan bagi strategik
jangka pendek dan jangka panjang bagi OSDC.my yang melibat Open Source
(OSS). Perancangan perlu selari dengan RMK Malaysia ke 10 (RMK-10) dan
juga objektif OSDC.my.

Jangka Pendek (2009-2010)

Jangka Panjang (2011-2016)

Open Source Developers Club Malaysia (OSDC.my) adalah satu pertubuhan
bagi ahlinya berkumpul, berkongsi, berkerjasama dan bersatu dalam
mencapai matlamat untuk melahir dan mendukung golongan pembangun
perisian sumber terbuka bertaraf dunia.

Pendapat dan pandangan perlulah secara menyeluruh (high level)
melibatkan semua sektor sama ada kerajaan, swasta, komuniti dan orang
ramai. Ini adalah sesi ribut otak (brainstorming), apa jua idea dan
pendapat diterima.

Jika ada kertas dan artikel yang boleh dikongsikan bersama sila
sampaikan kepada senarai email bagi tujuan pengkongsian maklumat.

Sertai perbincangan dengan tajuk yang sama di

http://groups.google.com.my/group/osdcmy-list

Terima kasih

Harisfazillah Jamel

Pengerusi
Jawatan kuasa Penaja OSDC.my



More information about the Ubuntu-my mailing list