[ubuntu-my] POST MORTEM - ASIA/OCEANIA MEETING 14 APRIL 2009
Mohd Faizul Zulkipli
gunbladeiv at gmail.com
Thu Apr 16 05:46:38 BST 2009
POST MORTEM MESYUARAT ASIA/OCEANIA BOARD
KEKURANGAN/KELEMAHAN CALON:
1. Calon-calon yang memohon keahlian tidak menyediakan 'intro text'.
2. Wiki calon-calon (https/wiki.ubuntu.com/<username>) kebanyakannya tidak lengkap.
3. Pautan untuk memperkuatkan fakta di dalam wiki tiada.(contoh seperti gambar aktiviti yg melibatkan anda dll)
4. Kelemahan calon yang tidak mempunyai kemahiran tinggi didalam bahasa inggeris, calon mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan 'board members'.
KEKURANGAN/KELEMAHAN KOMUNITI UBUNTU-MY:
1. Terlalu banyak membantu untuk menjawab soalan bagi calon ketika mesyuarat(#ubuntu-meeting) menjejaskan keyakinan board terhadap calon.
2. Tidak membantu membuat semakan terakhir pada wiki calon untuk menambah baiki informasi.
3. Web ubuntu-my yang tidak boleh diakses ketika mesyuarat menyebabkan 'board members' tidak boleh merujuk pautan pada laman wiki calon untuk memperkukuhkan fakta.
PENYELESAIAN/CADANGAN MEMPERBAIKI:
CALON:
1. Sediakan 'intro text' bagi memudahkan anda membuat intro mengenai diri. intro text penting supaya 'board members' boleh mengenali diri anda dan anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menaip(COPY AND PASTE sudah mencukupi). Intro text perlu mempunyai sedikit latar belakang mengenai diri,umur,'contribution' anda pada komuniti setempat(LoCO), pautan ke wiki dan launchpad. Perlu ingat bahawa, semakin banyak info pada 'intro text' anda, semakin kurang pertanyaan dari 'board members' dan semakin kurang pertanyaan bermakna semakin cerah peluang anda.
2. Wiki calon hendaklah dilengkapkan. Segala aktiviti anda lakukan untuk Ubuntu(yang ingin diletakkan dibawah komuniti) haruslah dimuatkan didalam wiki. Pautan segala gambar dan info sokongan untuk membuktikan aktiviti anda wujud haruslah diletakkan di dalam wiki. DAPATKAN TESTIMONIAL daripada ahli-ahli ubuntu-my yang lain bagi menampakkan anda mempunyai sokongan untuk menjadi ahli rasmi ubuntu.
3. Jika anda lemah berbahasa Inggeris, sila nyatakan pada 'board members', dan minta masa yang lebih untuk menjawab soalan mereka supaya 'board members' faham situasi anda yang sebenarnya.
UBUNTU-MY LOCO:
1. Bantuan harus ditumpukan dan diberi pada channel #ubuntu-my supaya calon mampu menjawab dengan sendiri untuk menambah keyakinan board terhadap calon.
2. Semak wiki calon sebelum mesyuarat bermula bagi mengelakkan berlakunya kekurangan info pada wiki calon. Semakin ramai yang menyemak, semakin baik wiki calon.
3. Web ubuntu-my harus segera dialihkan ke pelayan baru bagi mengelakkan masalah Internal Error 500 seperti yang berlaku sebelum ini.
4. Web team harus ambil perhatian terhadap semua hasil kerja ahli komuniti dan memuatkan informasi dan capaian hasil kerja ahli di laman web rasmi ubuntu tidak kira forum,wiki atau web rasmi. Ini bagi menunjukkan bahawa hasil kerja calon adalah bagi memperjuangkan Ubuntu dan bergerak bersama komuniti.
---- END -----
Ada sebarang tambahan sila nyatakan. Harap maklum.
Kepada ahli-ahli ubuntu-my yang ingin mencalonkan diri pada masa akan datang, sila ambil perhatian bagi mempermudahkan permohonan anda kelak.
Fenris, BuffaloSoldier, nbliang ada yang nk tambah?
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20090416/6788d7bb/attachment-0001.htm
More information about the Ubuntu-my
mailing list