[ubuntu-my] POST MORTEM - ASIA/OCEANIA MEETING 14 APRIL 2009

Firdaus bin Aziz firdaus.aziz at gmail.com
Thu Apr 16 05:54:09 BST 2009


2009/4/16 Mohd Faizul Zulkipli <gunbladeiv at gmail.com>:
> 4. Kelemahan calon yang tidak mempunyai kemahiran tinggi didalam bahasa
> inggeris, calon mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan 'board
> members'.
Para penemuduga tak mengharap semua calon pakar dalam bahasa inggeris.
Masalah ini boleh dielakkan dengan memastikan wiki penuh dengan
informasi. Calon juga boleh memohon masa tambahan untuk menjawap
soalan seperti "I need a few minutes to translate my answer in
english, I hope you can wait".

> 2. Tidak membantu membuat semakan terakhir pada wiki calon untuk menambah
> baiki informasi.
Kita mungkin boleh buat mock-up interview beberapa hari sebelum
interview sebenar. Secara tak langsung boleh kenal pasti maklumat tak
lengkap di wiki dan menaikkan keyakinan calon.


-- 
Firdaus bin Aziz



More information about the Ubuntu-my mailing list