[ubuntu-my] PELAWAAN UNTUK MENGHANTAR ARTIKEL KE BULETIN SOKONGAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN PTM (Buletin SPP) ONLINE

suzita suzita at ptm.ukm.my
Wed Feb 6 07:56:07 UTC 2013


As salam / Selamat Sejahtera ,

Dimaklumkan Pejabat Timbalan Pengarah Sokongan Penyelidikan dan 
Pendidikan Pusat Teknologi Maklumat ( SPP PTM ) UKM telah menerbitkan 
secara online Buletin SPP  dengan penerbitan pertama pada Januari 2013.

Sehubungan dengan itu, sukacita kami menjemput tuan/puan yang berada 
dalam komuniti perisian sumber terbuka (Komuniti OSS untuk) menghantar 
artikel ke Buletin tersebut.
Fokus  buletin adalah artikel berkenaan   technology update, ulasan 
perisian serta  perkakasan dan sebagainya  yang berkait rapat dengan 
tiga potfolio PTM iaitu Sokongan ICT kepada penyelidikan & pendidikan, 
Infrastruktur ICT dan Pembangunan aplikasi.
Untuk menghantar artikel, penulis mestilah terlebih dahulu mendaftar 
sebagai author dalam buletin ini melalui menu "REGISTER".

Artikel yang dihantar akan diteliti oleh sidang editor dan artikel yang 
berkualiti akan diterbitkan secara online pada  keluaran seterusnya.
Buletin akan diterbitkan secara online setiap bulan.

Menu Buletin SPP
Untuk mendaftar sebagai penulis artikel : 
http://spaj.ukm.my/ptm/index.php/buletinspp/user/register
Untuk menghantar artikel :
http://spaj.ukm.my/ptm/index.php/buletinspp/login
Untuk membaca artikel :
http://spaj.ukm.my/ptm/index.php/buletinspp/issue/current

Untuk maklumat lanjut , tuan / puan boleh menghubungi En Azman Chik 
melalui emel ( abc at ptm.ukm.my atau bkt at ptm.ukm.my ) atau di talian : 03 
- 89217009 / 03-89216439

Sekian dan atas perhatian serta kesudian tuan/puan menghantar artikel ke 
buletin ini didahului dengan ucapan terima kasih.


-- 
Suzita Awaluddin
Pusat Teknologi Maklumat UKM
Tel : 03-89216439




More information about the Ubuntu-my mailing list