[ubuntu-my] [ubuntumy] Soal Selidik Penggunaan Ubuntu di Malaysia

Mohd Yusnizam Mohamad myusnizam at opensource.org.my
Fri Jan 27 07:12:12 UTC 2012


agreed. +100 to mr papit

2012/1/27 najmi.zabidi at gmail.com <najmi.zabidi at gmail.com>

> Ni sesuai utk org yg nak buat master research project ni.
>
> Cuba luahkan idea survey tu,soalan2nya  so kita bole discuss
>  On Jan 27, 2012 11:35 AM, "Ahmed Noor Kader Mustajir Md Eusoff" <
> sir.ade at gmail.com> wrote:
>
>> +1
>>
>> 2012/1/27 Mohammad Hafiz mypapit (9W2WTF) <mypapit at gmail.com>
>>
>>> ok saya berpendapat, elok kalau kita guna model questionaire yang sedia
>>> diterima pakai di peringkat antarabangsa. Cadangan saya, mungkin boleh guna
>>> :
>>>
>>> 1. Technology Acceptance Model
>>> 2. Briggs Awareness Model
>>> 3. Prevalence of Use Model
>>>
>>> Perlaksanaan tu saya sokong kalau guna GDocs dan dianalisakan dgn
>>> menggunakan SPSS (untuk descriptive analysis)mungkin kita akan lihat
>>> moderating variables yang mempengaruhi decision pengguna2 ubuntu dimalaysia.
>>>
>>>
>>> Akhir sekali, mungkin kita perlu setkan research question (RQ) ataupun
>>> setkan dalam 1-2 objektif penyelidikan sebelum merangka soal-selidik ni,
>>> sebab kalau kita tak tentukan 'measureable objective', soalan yang ditanya
>>> nnt mungkin tak ada 'value' ataupun takboleh reveal maklumat yang berguna
>>> untuk komuniti.
>>>
>>>
>>>
>>> 2012/1/27 Mohamad Imran <imtym.aku at gmail.com>
>>>
>>>> Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
>>>>
>>>> Sebelum ni dalam meeting IRC, saya ada mengutarakan berkenaan kajian
>>>> penggunaan/pengadaptasian Ubuntu GNU/Linux di Malaysia. Dan maklum balas
>>>> diterima, masih tiada usaha -- atau setidaknya sedikit rasmi -- tentang
>>>> penggunaan Ubuntu di kalangan pengguna komputer dalam negara.
>>>>
>>>> Oleh itu, saya juga melalui meeting tersebut telah mengesyorkan untuk
>>>> dibuat satu soal selidik untuk mendapatkan maklumat tersebut. Soal selidik
>>>> tu nanti boleh dianggap sebagai bancian terhadap adaptasi Ubuntu khususnya
>>>> dan juga Linux/sumber terbuka/FLOSS secara umumnya.
>>>>
>>>> Banyak manfaat sekiranya kita jalankan soal selidik ini. Salah satunya
>>>> sebagai aktiviti daripada LoCo Team. Kita semua tahu re-approval
>>>> pendaftaran LoCo telah diluluskan. Dan untuk itu, syarat yang ketat telah
>>>> diaplikasikan iaitu perlunya aktiviti dijalankan oleh LoCo dalam tempoh
>>>> kelulusan tersebut. Jadi saya rasa kita patut jalankan satu aktiviti
>>>> seperti ini. Malah mungkin mengikut tahun jika tak dapat buat setiap kali
>>>> pelepasan baru.
>>>>
>>>> Seterusnya, ianya sebagai satu edaran awam. Sebagai contoh, sekiranya
>>>> terdapat pihak-pihak yang berminat untuk mengadaptasi Ubuntu (atau sumber
>>>> terbuka) dalam sesuatu organisasi, hasil soal selidik nanti boleh dijadikan
>>>> sebagai kajian kes untuk membuat keputusan.
>>>>
>>>> Selain itu kita juga boleh mengetahui bagaimanakah penerimaan pengguna
>>>> terhadap Ubuntu. Macam mana mereka tahu, berapa lama telah menggunakannya,
>>>> di mana selalunya mereka lepak untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Ini
>>>> secara tak langsung menjadi kelebihan kepada LoCo untuk merancang aktiviti
>>>> yang bersesuaian untuk dijalankan.
>>>>
>>>> Dan lain-lain ____________ (isi tempat kosong).
>>>>
>>>> - - -
>>>>
>>>> *Gerak kerja:*
>>>> Oleh kerana kajian ni berbentuk soal selidik (questionnaire), kita
>>>> perlu bina set soalan yang berkaitan. Soalan-soalan tersebut boleh
>>>> berbentuk open ended, dichotomous (yes no, true false), skala, ataupun
>>>> pandangan.
>>>>
>>>> *Bahasa:*
>>>> Dicadangkan set soalan dibuat dalam dwi bahasa (ms dan en)
>>>>
>>>> *Tempoh:*
>>>> Kita perlu tetapkan satu tempoh bagi menjalankan soal selidik. sehari
>>>> ke, seminggu ke, sebulan ke. Saya cadangkan lepaskan hasil kajian semasa
>>>> pelepasan 12.04 nanti.
>>>>
>>>> *Geng Pelaksana:*
>>>> Sesiapa yang berminat dan mempunyai masa lapang. Kalau ada pengalaman
>>>> atau biasa buat soalan2 dialu-alukan. Saya sedia membantu mana yang boleh.
>>>> Nanti kalau saya sibuk dengan kerja2 offline saya, faham-fahamlah ye...
>>>>
>>>> *Alatan/tools:*
>>>> Supaya senang nak siapkan laporan tu nanti, mungkin boleh guna apa-apa
>>>> alatan yang boleh generate laporan. Macam GDocs ke. (Kalau SPSS mmg
>>>> melampau le.. kui kui)
>>>>
>>>> - - -
>>>>
>>>> Kalau ada apa-apa nak tambah, silakan.
>>>>
>>>> Terima kasih.
>>>>
>>>>
>>>> p/s: Kalau boleh kembangkan idea ni masa meetup nanti. Ku hanya kirim
>>>> rinduuu di angin cooler fan...
>>>>
>>>> --
>>>> Aku Tetap Aku™
>>>>
>>>> http://about.me/MakLaN
>>>>
>>>>
>>>> --
>>>> Ubuntu-my mailing list
>>>> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
>>>> Modify settings or unsubscribe at:
>>>> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>>>>
>>>>
>>>
>>>
>>> --
>>> something real at :
>>> Blog : http://blog.mypapit.net
>>> Website : http://mypapit.net
>>>
>>> Yahoo ID: papit58
>>>
>>> Codes:
>>> http://code.google.com/u/mypapit
>>> http://freshmeat.net/users/papit01
>>>
>>> GPG Public Key: mypapit_public.key<http://drop.fakap.net/files/mypapit_id_public.key.txt>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>> --
>>> Ubuntu-my mailing list
>>> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
>>> Modify settings or unsubscribe at:
>>> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>>>
>>>
>>
>>
>> --
>> Ahmed Noor Kader Mustajir Md Eusoff
>> http://mustajir.org
>> http://launchpad.net/~sir.ade
>> http://l10n.gnome.org/users/sir_ade/
>> http://drupal.org/user/184579
>>
>>
>> --
>> Ubuntu-my mailing list
>> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
>> Modify settings or unsubscribe at:
>> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>>
>>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at:
> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>
>
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: <https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20120127/202e1395/attachment-0001.html>


More information about the Ubuntu-my mailing list