[ubuntu-my] Hurry ! Join 36-Hour OSS WebDev Contest. Last date of Entry extended to 6 Sept 2010

tankinging at mampu.gov.my tankinging at mampu.gov.my
Wed Sep 1 13:07:08 BST 2010


Dear Friends/OSS Supporters,
By popular request, last date of entry for 36-Hour OSS WebDev Contest has been extended to 6 Sept 2010. Do show your support for OSS by joining the above Contest. YOu can be the the record maker of The Longest OSS Programming Event in The Malaysia Book Of Records. You may walk away with the Grand Prize of RM10,000, presented by YAB Deputy Prime Minister. For the furtherance of OSS to deliver us to Freedom and Progress, join the Contest! and be in the news!! Pls get entry form from http://mygosscon.oscc.org.my/2010/36webdev. For more details pls read below:
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.  Adalah dimaklumkan bahawa pihak MAMPU akan menganjurkan "36-Hour Open Source Web Application Development Contest" bersempena dengan Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2010.  Pertandingan ini telah didaftarkan dengan The Malaysia Book Of Records untuk mencatat rekod sebagai “The Longest OSS Programming Event”. 

3.  Tujuan "36-Hour Open Source Web Application Development Contest" ini untuk mengalakkan peningkatan kemahiran pengaturcaraan, kreativiti dan inovasi serta mempercepatkan pertumbuhan komuniti penbangun OSS tempatan. Dengan ini adalah dijangka dapat membesarkan kumpulan kemahiran kritikal dan kepakaran untuk transforamasi negara. Pertandingan ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan dikategorikan kepada tiga kategori:-

    i)  Kategori 1 : Agensi Sektor Awam
    ii) Kategori 2 : Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
    iii)Kategori 3 : Terbuka

4.  Sehubungan itu, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan dari agensi YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan, dengan menghantar seberapa banyak penyertaan untuk pertandingan ini.  Borang Pertandingan boleh dimuat turun dari laman web di http://mygosscon.oscc.org.my/2010/36webdev.  Pemenang dan finalis akan diberi sijil penyertaan dan hadiah wang tunai sehingga sebanyak RM10,000 yang akan disampaikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri semasa Persidangan MyGOSSCON 2010 pada 2 November 2010.

5.  Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 6 September 2010 melalui emel mygosscon at oscc.org.my atau fax ke nombor 03-83193206. 15 pasukan yang disenarai pendek akan bertanding pada 6-8 October 2010.

6.  Sokongan dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

TAN KING ING
Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam,
Bahagian Dasar Dan Perancnagan ICT
b.p. Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
019 381 7287










-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20100901/9fd0ac75/attachment-0001.htm 


More information about the Ubuntu-my mailing list