[ubuntu-my] Gunakan Wireless Untuk Kongsikan Internet NB dan Server

Mohamad Faizul mypiju at gmail.com
Thu Mar 11 05:41:16 GMT 2010


guna squid untuk cache youtube videos pun best jugak cik haris.
nanti kena buat kelas untuk squid sahaja.


2010/3/9 Harisfazillah Jamel <linuxmalaysia at gmail.com>

> Assalamualaikum dan salam sejahtera,
>
> Hari ini perlu sediakan satu server dengan Ubuntu Server Edition.
> Masalah timbul apabila sambungan LAN di bilik sementara persediaan
> (staging area) bermasalah. Yang ada hanyalah Wireless dan server tiada
> wireless kad.
>
> Perkara penting dalam mana-mana pemasangan OS adalah untuk membuat
> update dan patches secepat mungkin. Jadi saya perlukan juga Internet.
>
> Capaian wireless hanya dengan Notebook. Dapat idea untuk bridge 2
> interface dalam notebook Ubuntu ni.
>
> Sambungan kabel hanyalah antara notebook dan server, sama ada gunakan
> kabel cross atau sambung notebook dan server kepada switch.
>
> Sambungkan UTP kabel hanya kepada server dahulu. Sambungan UTP kepada
> notebook perlu ikut langkah-langkah berikut (sebenarnya boleh tapi
> ikut ajelah)
>
> Ada pelbagai cara, yang saya pilih adalah untuk configure squid dan
> jadikan notebook ini http proxy.
>
> 1) Pasang dulu Squid. Configurekan sesedap rasa. Ni kena tulis email lain
>
> 2) Dapatkan IP dan default gateway wireless. Saya gunakan terminal
>
> ifconfig
>
> Cari wlan0 (mungkin juga wlan1) IP dan subnet mask. Contoh saya adalah
> 10.20.1.187
>
> route -n
>
> Cari baris dengan flags UG itulah gateway. Contoh saya adalah 10.20.1.2
>
> 3) Configure IP server dengan IP LAN. Contoh saya adalah 192.168.1.4
> subnet 255.255.255.0 dan gateway point kepada 192.168.1.1
>
> 4) Configure pula IP eth0 dalam notebook kepada IP lan 192.168.1.1
> subnet 255.255.255.0 tiada gateway.
>
> 5) Cucuk kabel UTP kabel kepada notebook dan restart network
>
> /etc/init.d/networking restart
>
> 6) Cuba ping Google dari notebook. Kemungkinan besar tidak boleh.
>
> - Pastikan Wireless masih connected dan ada signal
> - kemudian perlu buat arahan untuk masukkan gw ke wireless. Didapati
> sebaik cucuk UTP default akan mengikut eth (UTP lah tu)
>
> route add default gw 10.20.1.2
>
> Cuba ping semula. Kalau gagal... buat arahan route -n pastikan UG
> point kepada default gw 10.20.1.2 (contoh disini ya)
>
> Oleh kerana saya hendak gunakan Squid saya hanya configure apt-get
> untuk rujuk proxy.
>
> ----
>
> Kalau hendak boleh ping dan DNS berjalan daripada server maka perlu
> bridge kan wlan dan eth
>
> Saya hendak cepat jadi saya pasang firestarter.
>
> Rujuk sini
>
> http://www.fs-security.com/
>
> Gunakan Wizard.
>
> Internet Connected Device adalah Wlan
> Local Area Network Device adalah eth
>
> Pastikan enable Internet Connection Sharing ditandakan.
>
> Uji dengan ping www.google.com di server.
>
> Opps terlupa. Policy kena set supaya inbound benarkan IP server.
>
>
>
> Sila komen dan berikan pendapat.
>
> Terima kasih.
>
>
> --
> My Facebook
> http://www.facebook.com/linuxmalaysia
>
> My Blog
> http://blog.harisfazillah.info/
>
> My Network
> http://www.facebook.com/pages/Bukan-Sekadar-Internet-Sahaja/100866715422
>
> http://linuxdotmy.multiply.com/
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at:
> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>



-- 
73 de 9W2PJU

----------------------
Malaysian Ham Radio Operator

http://9w2pju.blogspot.com
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20100311/1797d576/attachment.htm 


More information about the Ubuntu-my mailing list