[ubuntu-my] Gunakan Wireless Untuk Kongsikan Internet NB dan Server

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia at gmail.com
Tue Mar 9 15:49:20 GMT 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini perlu sediakan satu server dengan Ubuntu Server Edition.
Masalah timbul apabila sambungan LAN di bilik sementara persediaan
(staging area) bermasalah. Yang ada hanyalah Wireless dan server tiada
wireless kad.

Perkara penting dalam mana-mana pemasangan OS adalah untuk membuat
update dan patches secepat mungkin. Jadi saya perlukan juga Internet.

Capaian wireless hanya dengan Notebook. Dapat idea untuk bridge 2
interface dalam notebook Ubuntu ni.

Sambungan kabel hanyalah antara notebook dan server, sama ada gunakan
kabel cross atau sambung notebook dan server kepada switch.

Sambungkan UTP kabel hanya kepada server dahulu. Sambungan UTP kepada
notebook perlu ikut langkah-langkah berikut (sebenarnya boleh tapi
ikut ajelah)

Ada pelbagai cara, yang saya pilih adalah untuk configure squid dan
jadikan notebook ini http proxy.

1) Pasang dulu Squid. Configurekan sesedap rasa. Ni kena tulis email lain

2) Dapatkan IP dan default gateway wireless. Saya gunakan terminal

ifconfig

Cari wlan0 (mungkin juga wlan1) IP dan subnet mask. Contoh saya adalah
10.20.1.187

route -n

Cari baris dengan flags UG itulah gateway. Contoh saya adalah 10.20.1.2

3) Configure IP server dengan IP LAN. Contoh saya adalah 192.168.1.4
subnet 255.255.255.0 dan gateway point kepada 192.168.1.1

4) Configure pula IP eth0 dalam notebook kepada IP lan 192.168.1.1
subnet 255.255.255.0 tiada gateway.

5) Cucuk kabel UTP kabel kepada notebook dan restart network

/etc/init.d/networking restart

6) Cuba ping Google dari notebook. Kemungkinan besar tidak boleh.

- Pastikan Wireless masih connected dan ada signal
- kemudian perlu buat arahan untuk masukkan gw ke wireless. Didapati
sebaik cucuk UTP default akan mengikut eth (UTP lah tu)

route add default gw 10.20.1.2

Cuba ping semula. Kalau gagal... buat arahan route -n pastikan UG
point kepada default gw 10.20.1.2 (contoh disini ya)

Oleh kerana saya hendak gunakan Squid saya hanya configure apt-get
untuk rujuk proxy.

----

Kalau hendak boleh ping dan DNS berjalan daripada server maka perlu
bridge kan wlan dan eth

Saya hendak cepat jadi saya pasang firestarter.

Rujuk sini

http://www.fs-security.com/

Gunakan Wizard.

Internet Connected Device adalah Wlan
Local Area Network Device adalah eth

Pastikan enable Internet Connection Sharing ditandakan.

Uji dengan ping www.google.com di server.

Opps terlupa. Policy kena set supaya inbound benarkan IP server.



Sila komen dan berikan pendapat.

Terima kasih.


-- 
My Facebook
http://www.facebook.com/linuxmalaysia

My Blog
http://blog.harisfazillah.info/

My Network
http://www.facebook.com/pages/Bukan-Sekadar-Internet-Sahaja/100866715422

http://linuxdotmy.multiply.com/



More information about the Ubuntu-my mailing list