[ubuntu-my] Bantuan Periksa Kesibukan Cakera Keras (DISK IO)

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia at gmail.com
Mon Mar 8 11:23:15 GMT 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kawan-kawan saya perlukan bantuan untuk lakukan sesuatu. Ini adalah
bertujuan untuk kesan sebarang masalah kepada capaian harddisk anda
dalam Linux. Jadi minta untuk pastikan langkah-langkah saya ini betul.

1) Perlu gunakan terminal

2) Pastikan pakej systat dipasang

sudo -i apt-get install sysstat

3) Sekarang jalankan arahan ini

iostat -x -d 1 10

harisfazillah at linuxmalaysia-laptop:~$ iostat -x -d 1 10

Linux 2.6.31-20-generic (linuxmalaysia-laptop) 	03/08/2010 	_i686_	(2 CPU)

Device:         rrqm/s   wrqm/s     r/s     w/s   rsec/s   wsec/s
avgrq-sz avgqu-sz   await  svctm  %util
sda               9.83    14.92    9.05    3.70   402.03   147.51
43.11     0.52   41.13   4.95   6.31

Perhatikan %util

Bagi yang ada masalah dengan penggunaan komputer yang dirasakan
perlahan sewaktu komputer menggunakan cakera keras, perhatikan dalam
setiap catatan (dalam arahan ini 10 kali) capaian %util peratusnya
adakah hampir dengan 100%

Daripada man iostat

%util Percentage of CPU time during which I/O requests were issued to
the device (bandwidth utilization for the device). Device saturation
occurs when this value is close to 100%.

4) Gunakan arahan ini pula

sar 1 10

harisfazillah at linuxmalaysia-laptop:~$ sar 1 10
Linux 2.6.31-20-generic (linuxmalaysia-laptop) 	03/08/2010 	_i686_	(2 CPU)

07:15:03 PM     CPU     %user     %nice   %system   %iowait    %steal     %idle
07:15:04 PM     all      0.50      0.50      4.00      0.00      0.00     95.00
07:15:05 PM     all      1.00      0.50      2.50      0.00      0.00     96.00

Perhatikan %iowait

Sekiranya %iowait tinggi sepanjang 10 catatan, bermaksud komputer
sedang menunggu IO daripada perkakasan terutamanya cakera keras.

%iowait Percentage of time that the CPU or CPUs were idle during which
the system had an outstanding disk I/O request.


5) Arahan ini pula

sar -d 1 10

harisfazillah at linuxmalaysia-laptop:~$ sar -d 1 10
Linux 2.6.31-20-generic (linuxmalaysia-laptop) 	03/08/2010 	_i686_	(2 CPU)

07:17:56 PM       DEV       tps  rd_sec/s  wr_sec/s  avgrq-sz
avgqu-sz     await     svctm     %util
07:17:57 PM    dev8-0      0.00      0.00      0.00      0.00
0.00      0.00      0.00      0.00

Perhatikan %util

Sama seperti perkara 3

6) Dan yang akhir

vmstat 1 10

harisfazillah at linuxmalaysia-laptop:~$ vmstat 1 10
procs -----------memory---------- ---swap-- -----io---- -system-- ----cpu----
 r  b   swpd   free   buff  cache   si   so    bi    bo   in   cs us sy id wa
 1  0      0 736756 144024 597156    0    0    87    32  560  591  4  4 89  2
 0  0      0 729944 144024 603336    0    0     0     0 1196 1114  3  2 96  0
 0  0      0 730424 144032 603420    0    0     0    40 1261 1211  1  3 94  3

Perhatikan bi dan bo

Sekiranya setiap catatan ada nilai-nilai maka cakera keras sedang
berkerja keras.


Harap dapat bantu saya membuat pengesahan fakta dalam nota ini.


Terima kasih.





-- 
My Facebook
http://www.facebook.com/linuxmalaysia

My Blog
http://blog.harisfazillah.info/

My Network
http://www.facebook.com/pages/Bukan-Sekadar-Internet-Sahaja/100866715422

http://linuxdotmy.multiply.com/



More information about the Ubuntu-my mailing list