[ubuntu-my] Memasangan KVM Dalam Ubuntu 9.10

syamsul anuar wariola at gmail.com
Sat Mar 6 04:23:35 GMT 2010


Salam semua,

Mengenai komputer nombor 1 tu, jikalau nk install atas hardware yang tidak
support hardware virtualization (selepas grep cpuinfo) mmg boleh, tapi yang
akan terjadi ialah technology yang akan digunakan bukannya KVM tapi QEMU.
Performance hit utk running QEMU agak teruk dan agak dicadangkan.

Berkenaan processor core 2 duo, bukan semua core 2 duo support hardware
virtualization especially utk notebook. Jadi sila check di laman web Intel
dahulu sebelum proceed. Kadangkala walaupun ada support hardware
virtualization, tp mesti di turn on dalam BIOS terlebih dahulu.

Utk Virtualbox pula, tidak timbul isu compile kernel jika install virtualbox
OSE dalam repo ubuntu. Dia akan take care semua dependencies. Atau gunakan
SUN Virtualbox binary juga agak senang utk compile, cuma kena install kernel
source dan pastikan semua system telah update dan compiler telah ada. Lps tu
restart utk pastikan kernel source dgn current kernel sama sebelum compile.
Commandnya "/etc/init.d/vboxsetup start".

Virtualbox lebih sesuai utk desktop kerana banyak function memudahkan user
share file dgn vm dan host, banyak GUI dan USB pass through yang mudah
(among others.. byk lagi). Sgt digalakkan utk user yang baru install dan
ingin berjinak2 dengan virtualization.

Mengenai XEN pula, ia tidak upstream membawa maksud XEN tidak menggunakan
kernel Linux yang dikeluarkan oleh Linus dan kawan2 tp sebaliknya
menggunakan kernel sendiri. Justeru aplikasi virtual machine yang kita ingin
install mungkin tidak compatible dengan kernel xen jikalau kita belum buat
testing sepenuhnya. Ubuntu juga by default support KVM dan kurang support
kepada XEN. Even utk install Xen dalam Ubuntu / Debian mungkin perlu kena
bootstrapping process terlebih dahulu, yang agak teknikal. Tanpa menggunakan
bootstrap, Ubuntu perlu di install menggunakan hardware virtualization
support juga sama seperti KVM, dan ini menghilangkan advantage XEN yang
tidak perlu hardware virtualization support utk run Linux yang telah
dimodify.

Mengenai perbandingan XEN dan KVM, KVM upstream dan integrate dalam Linux
kernel since 2.6.20. Ia telah di design sbagai kernel module yang boleh di
load dan unload. Berbanding XEN yang perlukan kernel sendiri (dan tiada
tanda2 akan dimerge dgn main kernel dalam masa terdekat), KVM menggunakan
sepenuhnya kelebihan2 dan ciri2 kernel Linux seperti NUMA dan CFS scheduler
dan kernel Linux tidak akan direlease jika KVM module masih belum stabil.
Berbanding XEN, kernelnya menggunakan scheduler sendiri dan kebanyakan tools
sendiri dan tidak sama dengan kernel Linux yang kita biasa gunakan. Ini
perlukan banyak testing utk pastikan sesuatu aplikasi itu compatible dengan
mainline kernel selain dari patching dan komuniti support yang berbeza.
Namun perlu diberitahu bahawa Oracle dan Citrix masih komited dengan XEN dan
masih ada ruang utk development XEN ini di masa akan datang.

Mengenai KVM dan VMWare, KVM di install directly di dalam kernel justeru
seharusnya performance-nya lebih baik. VMware perlu install Hypervisor layer
di atas kernel Ubuntu dan jarak antara Guest kepada kernel adalah lebih
jauh. Namun ini semua teori sahaja kerana saya tidak menggunakan VMWare
server kerana ia tidak open source. Saya hanya berminat dengan teknologi
Open Source.

Ada beberapa aplication-level virtualization yang jauh lebih ringan, namun
mungkin tidak flexible seperti KVM dan XEN seperti LXC, OpenVZ, UML dan
V-server menggunakan teknologi containers. Sila2 la cuba dan berkongsi
dengan semua komuniti di Malaysia :-)

Sekian celahan saya,
-wariola-

2010/3/5 Muhd Syazwan Md Khusaini <jipang_menjerit at ubuntuseekers.com>

> rasa lagi mudah dengan xen..
> tapi yang mana lebig stabil? xen atau vbox?
>
> 2010/3/5 Harisfazillah Jamel <linuxmalaysia at gmail.com>
>
>> Free yang bebas sebab agensi ni lebih kepada OSS dalam bangunkan
>>
>> anggota dalaman.
>>
>> 2010/3/5 Hasanuddin Abu Bakar <bizkutrai at gmail.com>:
>> > VMware Server adalah percuma dari segi kos, walaupun bukan opensource
>> > http://www.vmware.com/products/server/
>> >
>> > p/s bukan VMware desktop
>> >
>> >
>>
>> --
>> Ubuntu-my mailing list
>> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
>> Modify settings or unsubscribe at:
>> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>>
>
>
>
> --
> Muhd Syazwan @ jipang_menjerit
> blog.ubuntuseekers.com
> jipang_menjerit at ubuntuseekers.com
>
> One Online Radio
> www.oneonline.cjb.net
> me at oneonline.cjb.net
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at:
> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>
>


-- 
.: war|ola :.
Use Fedora Linux for better computing experience
http://fedoraproject.org
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20100306/3131acb3/attachment-0001.htm 


More information about the Ubuntu-my mailing list