[ubuntu-my] Memasangan KVM Dalam Ubuntu 9.10

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia at gmail.com
Fri Mar 5 11:39:01 GMT 2010


Memasangan KVM Dalam Ubuntu 9.10

Sepanjang minggu ini sibuk dengan KVM dalam Ubuntu 9.10 sama ada
Desktop dan juga Server. Asalnya hendak buat Xen tapi berdasarkan
perkembangan semasa melibatkan Xen, masa untuk bertukar.

Keperluan minggu ini ada dua. Satu untuk kawan dan satu untuk kerja.

1) Kawan hendak pasangkan Windows 7 dalam Notebook yang memang sedia
terpasang dengan Ubuntu. Saya pulak hendak overwrite Ubuntu sedang dia
sudah selesa dengan Ubuntu. Hanya kerana tempat kerja baru ramai yang
menggunakan Windows dan Microsoft Office terpaksalah dia pasang juga
Windows.

2) Server yang dipasang 16GB CPU Quad Core dan 3TB ruang cakera keras.
Memang sesuai sangat untuk virtual Machine (VM).

Nota rujukan saya gunakan ini

https://help.ubuntu.com/community/KVM

Untuk kerja 1) ingatkan tidak menjadi sebab dengan mengggunakan arahan

egrep '(vmx|svm)' --color=always /proc/cpuinfo

tidak menunjukkan langsung Dell Inspiron 1420 (Intel(R) Core(TM)2 Duo
Processor) ini sokong "hardware virtualsation". Apa lagi saya belasah
sahaja. Chita Usaha Jaya. Hehehe. Nampaknya KVM berjaya dipasang dan
Ubuntu Dekstop 9.10 pun boleh dipasang dalam KVM tersebut (ujian
dengan 256MB dan 4GB harddisk sahaja).

Ada juga cadangan hendak pasang Virtualbox, tapi timbul masalah hendak
compile kernel module. Hendak format sayang sebab sudah ada banyak
data.


Untuk perkara 2) masalah timbul dengan EFI-GPT yang digunakan oleh
server tersebut. Daripada rancangan asal hendak gunakan Xen dengan
Centos 5.2 sudah jadi Ubuntu Server 9.10 dengan KVM.

Untuk perkara 2 tidak habis lagi sebab perlu pasangkan dengan 2 centos
dan Openfiler. Akan bersambung lagi.

Perkara yang perlu diambil berat.

1) Jika mahu jalankan Virtual Machine gunakan OS 64bit. Untuk dapat
masalah sekiranya memori lebih 2.5GB dan juga 4TB ruang cakera keras.

2) Dengan perkembangan OS, dicadangkan Linux dicadang base OS dan
kemudian OS lain seperti Windows dipasang dalam VM

3) Selain KVM ada lagi pilihan lain untuk VM seperti VirtualBox dan Xen



-- 
My Facebook
http://www.facebook.com/linuxmalaysia

My Blog
http://blog.harisfazillah.info/

My Network
http://www.facebook.com/pages/Bukan-Sekadar-Internet-Sahaja/100866715422

http://linuxdotmy.multiply.com/



More information about the Ubuntu-my mailing list