[ubuntu-my] Cadangan - Majalah Sumber Tebuka Malaysia

Hasanuddin Abu Bakar bizkutrai at gmail.com
Sat Jan 2 11:14:40 GMT 2010


Cari pengiklan...majalah tu nanti nak bagi free pun boleh. DVD-R rm1 je
sekeping. Jangan jadikan harga sebagai penghalang.




Hasanuddin Abu Bakar
-------------------------------
Ubuntu embedded developer/tester
https://wiki.ubuntu.com/bizkut

Get FireGPG for your Firefox! http://getfiregpg.org

PGP Public Key
http://keyserver.ubuntu.com:11371/pks/lookup?op=get&search=0xC5A1B11965D43C5C


2010/1/2 sir_ade <sir.ade at gmail.com>

> aku rasa bawah rm10 susah skit la, sbb kalu nak include cd & lain2..yg
> bahsa  dwi bahsa boleh tp better guna 1 bahsa sbb nnti keliru pembaca sbb
> rojak sgt and  kalu  stick pd satu bahsa mcm english better maybe majalah tu
> boleh dipasarkan luar dri malaysia. ini just pandangan aku, kalu x betul
> maaf la..
>
> 2010/1/2 Mohamad Imran <imtym.aku at gmail.com>
>
> Pertama sekali tahniah sebab mengemukakan idea ni.
>>
>> Ko pernah beli tak majalah Linux For You?
>> (http://www.lfymag.com/index.asp?id=13) Majalah tu dari India, (Harga
>> dia kat Msia RM 19) Mungkin satu2nya majalah tentang FOSS yang berasal
>> dari Asia (atau sekurang2nya rujukan buat benua kita ni ;-). Aku
>> cadangkan kalau pasal layout kita boleh jadikan majalah tu sebagai
>> model, tak kisah la dari segi kandungan ke, iklan ke, tapi bukan tiru
>> bulat2. Harga mesti dalam lingkungan semua orang mampu milik. RM 10
>> kebawah mungkin? Tajuk dan tagline, mesti gabungkan idealogi free
>> software dan open source. Yelah, benda tu pun masih lagi kontroversi
>> kan.. dan untuk membuatkan orang faham tentang ideologi2 tersebut.
>> Dari segi bahasa, aku cadangkan dwibahasa. Kalau nak buat 100% BM pun
>> mungkin akan menimbulkan kesukaran untuk memahami. Tapi buat cam kuota
>> la, cam 70% untuk BM dan 30% untuk BI. Pastu yang penting kita boleh
>> wujudkan satu geng yang boleh menguruskan tentang CD. Di sini
>> maksudnya nanti kita sertakan sekali CD dan DVD distro2 dan perisian2
>> FOSS. Pengiklanan aku rasa patut ada, sebab satunya kita boleh promosi
>> syarikat2 yang menyediakan penyelesaian kepada FOSS kat Msia, kan dah
>> ade peluang untuk kembangkan FOSS kat mereka2 yang memerlukannya...
>> Dan menjana pendapatan untuk menampung kos2 pengurusan majalah
>> sendiri. Dari segi editorial, rasanya aku tak layak lagi kot.. huhu..
>> Haa.. Lagi satu kalau boleh kita boleh buat satu ruangan tentang
>> lesen2 dalam FOSS, perbincangan, jenis2 lesen, baik buruk dsb. Dari
>> segi jualan, mungkin boleh deal dengan toko2 buku terkemuka, MPH,
>> Popular, dll untuk letak majalah kat tempat diorang. Kalau nak buat
>> online, mungkin hanya 'orang2 kita' je yang tau..
>>
>> Setakat ni rasanya pandangan aku. Maaflah kalau sesetengah tu agak
>> kelihatan tidak rasional sikit. Syukran.
>>
>> --
>> Aku Tetap Aku™
>>
>> --
>> Ubuntu-my mailing list
>> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
>> Modify settings or unsubscribe at:
>> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>>
>
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at:
> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>
>
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20100102/e070b764/attachment.htm 


More information about the Ubuntu-my mailing list