[ubuntu-my] Cadangan - Majalah Sumber Tebuka Malaysia

Mohamad Imran imtym.aku at gmail.com
Fri Jan 1 16:25:59 GMT 2010


Pertama sekali tahniah sebab mengemukakan idea ni.

Ko pernah beli tak majalah Linux For You?
(http://www.lfymag.com/index.asp?id=13) Majalah tu dari India, (Harga
dia kat Msia RM 19) Mungkin satu2nya majalah tentang FOSS yang berasal
dari Asia (atau sekurang2nya rujukan buat benua kita ni ;-). Aku
cadangkan kalau pasal layout kita boleh jadikan majalah tu sebagai
model, tak kisah la dari segi kandungan ke, iklan ke, tapi bukan tiru
bulat2. Harga mesti dalam lingkungan semua orang mampu milik. RM 10
kebawah mungkin? Tajuk dan tagline, mesti gabungkan idealogi free
software dan open source. Yelah, benda tu pun masih lagi kontroversi
kan.. dan untuk membuatkan orang faham tentang ideologi2 tersebut.
Dari segi bahasa, aku cadangkan dwibahasa. Kalau nak buat 100% BM pun
mungkin akan menimbulkan kesukaran untuk memahami. Tapi buat cam kuota
la, cam 70% untuk BM dan 30% untuk BI. Pastu yang penting kita boleh
wujudkan satu geng yang boleh menguruskan tentang CD. Di sini
maksudnya nanti kita sertakan sekali CD dan DVD distro2 dan perisian2
FOSS. Pengiklanan aku rasa patut ada, sebab satunya kita boleh promosi
syarikat2 yang menyediakan penyelesaian kepada FOSS kat Msia, kan dah
ade peluang untuk kembangkan FOSS kat mereka2 yang memerlukannya...
Dan menjana pendapatan untuk menampung kos2 pengurusan majalah
sendiri. Dari segi editorial, rasanya aku tak layak lagi kot.. huhu..
Haa.. Lagi satu kalau boleh kita boleh buat satu ruangan tentang
lesen2 dalam FOSS, perbincangan, jenis2 lesen, baik buruk dsb. Dari
segi jualan, mungkin boleh deal dengan toko2 buku terkemuka, MPH,
Popular, dll untuk letak majalah kat tempat diorang. Kalau nak buat
online, mungkin hanya 'orang2 kita' je yang tau..

Setakat ni rasanya pandangan aku. Maaflah kalau sesetengah tu agak
kelihatan tidak rasional sikit. Syukran.

-- 
Aku Tetap Aku™



More information about the Ubuntu-my mailing list