[ubuntu-my] Mesyuarat pasukan penterjemah GNOME

Umarzuki Mochlis umarzuki at gmail.com
Tue Feb 23 06:00:54 GMT 2010


Bagi sesiapa yang berminat untuk menghulurkan tangan menterjemah GNOME ke
Bahasa Melayu, anda dijemput hadir pada

Tarikh: 27 Februari 2010
Masa : 9 malam hingga 11 malam
Lokasi: irc.gnome.org ##i18n-ms

Saya memerlukan seberapa banyak maklumbalas dari pelbagai pihak untuk
mencapai sasaran 50% aplikasi GNOME 2.30 telah siap diterjemah menjelang
akhir tahun ini.

Cara untuk sambung ke channel ##i18n-ms pada irc.gnome.org menggunakan xchat
(atau klien irc yang lain):

/SERVER irc.gnome.org

Jika anda telah menyambung ke pelayan irc lain selain irc.gnome.org, sila
guna arahan:
/NEWSERVER irc.gnome.org

kemudian taip ##i18n-ms pada ruang channel untuk dimasuki (pop up)

atau guna arahan:
/JOIN ##i18n-ms

Buat masa ini, anda semua dijemput membaca dokumentasi berikut untuk
langkah-langkah menterjemah GNOME ke Bahasa Melayu
http://wiki.debmal.my/index.php?title=Terjemah_GNOME

Maklumat pasukan penterjemah GNOME ke Bahasa Melayu yang sedia ada
http://l10n.gnome.org/teams/ms

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu GNOME, sila ke
http://en.wikipedia.org/wiki/GNOME

Sebarang bantuan yang dihulurkan amatlah dihargai.

-- 
Terima kasih,

Umarzuki Mochlis
http://debmal.my
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20100223/e5695571/attachment-0001.htm 


More information about the Ubuntu-my mailing list