[ubuntu-my] Jemputan Program Open Source Day UPM 25 Feb 2010
Harisfazillah Jamel
linuxmalaysia at gmail.com
Fri Feb 12 01:39:33 GMT 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ubuntu-my melalui En. Syukor telah mendapat jemputan untuk "Program
Open Source Day". Oleh kerana UPM secara khusus menyebut Ubuntu maka
diharapkan komuniti kita dapat rancangkan penyertaan dalam program
ini.
Bincang-bincangkan. Terima kasih.
Wassalam.
ps. Surat rasmi hanya akan dikongsikan dengan secara email terus
kepada yang berminat. Ada maklumat peribadi.
---------------------
Assalamualaikum wbt..
Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI DEMONSTRATOR BAGI PROGRAM OPEN SOURCE DAY ,
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, UPM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan tuan/wakil dijemput untuk membuat demonstrasi
penggunaan peralatan perisian sumber terbuka ‘ubuntu’
bagi Program Open Source Day , yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 25 Februari 2010
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat,
Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor
3. Sehubungan itu, tuan/wakil dipinta membuat persembahan yang
merangkumi penggunaan perisian untuk setempat ( client dan web server
)
kepada peserta program tersebut. Justeru, bersama-sama ini disertakan
tentatif program sebagai rujukan tuan.
4. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan diucapkan ribuan
terima kasih.
Sekian.
'BERILMU BERBAKTI'
b/p: Dr. Rusli bin Abdullah
Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
UPM, Serdang
More information about the Ubuntu-my
mailing list