[ubuntu-my] [LinuxVarsiti 2010] Panggilan Untuk Penceramah Bermula

Muhd Syazwan jipang_menjerit at ubuntuseekers.com
Sat Aug 21 17:20:55 BST 2010


source: http://linuxvarsiti.org.my/?p=94

----------

Adakah anda berpengalaman dalam perisian sumber terbuka? Anda mahu
kongsikan pengalaman anda kepada pelajar universiti dan sekolah? Jika
ya, anda sangatlah layak untuk mengisi kekosongan sebagai antara
penceramah LinuxVarsiti 2010 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Skudai nanti.

Jika anda masih tiada petunjuk tentang apa yang anda hendak bentangkan,
mungkin ini boleh membantu anda:-

      * majoriti yang akan hadir terdiri dari golongan pelajar Fakulti
        Sains Komputer dan berkemungkinan pelajar sekolah yang boleh
        majoritinya zero tentang Sumber Terbuka. 
      * mampu membuatkan mereka seronok dan terpegun dengan apa yang
        anda sampaikan. 
      * adalah digalakkan mengguna Bahasa Melayu. 
      * diharapkan KURANG PERKATAAN TEKNIKAL / JARGON.

Jika sudah ada idea, bolehlah mula mengisi borang dibawah. CEPAT! Tarikh
tutup penghantaran kertas kerja adalah pada 19 September 2010.

Semua borang anda akan dinilai dan dipilih oleh panel khas yang
berpengalaman dari LinuxVarsiti 2009

http://spreadsheets.google.com/a/linuxvarsiti.org.my/viewform?hl=en&formkey=dEQtR1JNN3ExZ0FIQWpIUEZQZmZkenc6MQ




More information about the Ubuntu-my mailing list