[ubuntu-my] Linux Varsiti - panggilan untuk sukarelawan

wan_ubuntuseekers jipang_menjerit at ubuntuseekers.com
Thu Sep 17 13:59:56 BST 2009


Salam..

Memandangkan acara Linux Varsiti di Kuantan mengalami sedikit kegagalan,
Linux Varsiti bagaimanapun akan terus meneruskan penjelajahan. Lokasi
seterusnya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Melalui email ini, saya hendak mendaatkan beberapa maklumat berikut:-

1. Senarai sukarelawan mengikut komuniti
   - semua sukarelawan akan ditampung penuh makan, tempat tinggal,
pengangkutan
   - semua sukarelawan hendaklah berada di UTM selewat-lewatnya petang 4hb
Oktober 2009
   - sukarelawan hendaklaah mengesahkan tempat mereka dengan mengisi borang
pada pautan ini<http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dGYyRWFHTURGOVVrMTh2SHAtWDJrNmc6MA>
.

2. Speaker
   - merea yang berminat untuk berkongsi pengalaman, kepakaran
   - topik yang berkaitan pendidikan dan informatif adalah diutamakan
   - mereka yang berminat boleh mengisi borang pada pautan
ini<http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dG9wbXBHamFwMWt3emFFYnB0dFZEeHc6MA..>
.

3. Booth
   - buat masa ini booth yang dicadangkan adalah Ubuntu, Fedora, Agesys, dan
Kelab Sumber Terbuka UTM
   - untuk mereka yang berminat untuk membuka booth boleh menghantar email
kepada saya untuk maklumat lanjut
   - booth untuk komuniti (OSDC.my, FOSS.my, FOSSChix.my, dll) kan
disediakan mengikut kehendak secara percuma.

Sekian.
-- 
Muhd Syazwan @ jipang_menjerit
blog.ubuntuseekers.com
jipang_menjerit at ubuntuseekers.com

One Online Radio
www.oneonline.cjb.net
me at oneonline.cjb.net

Linux Varsiti : Jelajah Sumber Terbuka ke IPT Anda
email : jipang_menjerit at ubuntuseekers.com
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20090917/9341f3ca/attachment-0002.htm 


More information about the Ubuntu-my mailing list