[ubuntu-my] Something to be considered
ApOgEE
jerungkun at gmail.com
Tue Mar 24 07:17:07 GMT 2009
Pandangan saya...
Saya memang jelas dan memahami bahawa Canonical juga membuat duit untuk
menyokong Ubuntu. Namun, Canonical adalah sebuah syarikat rasmi yang menjadi
sponsor kepada Ubuntu. Telah jelas juga bahawa, Canonical memiliki segala
kebenaran untuk melakukan perniagaan dengan nama Ubuntu.
Itu Canonical... harap kawan2 semua jelas bahawa Canonical Ltd. Ubuntu dan
Canonical copdagang berdaftar yang dimiliki oleh Canonical Ltd.
"Canonical Ltd. Ubuntu and Canonical are registered trademarks of Canonical
Ltd."
kita tak sama... kita hanyalah Komuniti Ubuntu Malaysia yang tidak mahu
membuat keuntungan (non-profit)... "huh, takdak ontong punya kerja ni...
hahaha..."
Berbalik kepada Komuniti Ubuntu Malaysia, kita tertakluk kepada Kod
Perlaksanaan (Code of Conduct) yang telah ditetapkan oleh Canonical yang
boleh dirujuk disini:
http://www.ubuntu.com/community/conduct
https://launchpad.net/codeofconduct/1.0.1
serta terhad kepada Polisi Copdagang (Trademark Policy) yang boleh dirujuk
disini:
http://www.ubuntu.com/aboutus/trademarkpolicy
yang mana ada kekangan jelas pada bahagian ini:
"*Permitted Use*
Certain usages of the Trademarks are fine and no specific permission from us
is needed.
*Community Advocacy.* Ubuntu is built by, and largely for, its community. We
share access to the Trademarks with the entire community for the purposes of
discussion, development and advocacy. We recognise that most of the open
source discussion and development areas are for non-commercial purposes and
will allow the use of the trademarks in this context, provided:
-
the Trademark is used in a manner consistent with the Usage Guidelines
below
-
*there is no commercial intent behind the use *
-
what you are referring to is in fact Ubuntu. If someone is confused into
thinking that what isn't Ubuntu is in fact Ubuntu, you are probably doing
something wrong
-
*there is no suggestion (through words or appearance) that your project
is approved, sponsored, or affiliated with Ubuntu or its related projects
unless it actually has been approved by and is accountable to the Ubuntu
Community Council*
"
Oleh itu, adalah wajar untuk mengambil jalan selamat dengan tidak melibatkan
Komuniti Ubuntu dengan mana-mana aktiviti yang mendatangkan duit secara
terus kepada komuniti ini kerana setiap duit yang masuk, walau secara tidak
langsung, tetap akan mendatangkan keuntungan kepada pihak2 yang
melaksanakannya sebagai ahli Komuniti Ubuntu Malaysia. Dan secara seriusnya,
pihak tersebut akan secara automatik melanggar polisi yang disebut diatas.
Sekira pihak tersebut didakwa oleh Canonical, dan didapati bersalah...
mereka akan:
1. Dikenakan saman yang mungkin akan menyusahkan diri mereka.
2. Memalukan komuniti dimana mereka bergiat. Dah tentu Ubuntu Malaysia.
3. Memalukan diri sendiri... adeh...
Jadi, sejauh pemahaman saya mengenai isu duit dan komuniti Ubuntu. Setakat
ni, semua dah pun jelas bahawa Komuniti Ubuntu tidak akan mengurus sebarang
simpanan dana mahupun sponsor untuk tujuan projek akan datang atau
sebagainya.
Namun, saya pasti tentu ada yang tertanya-tanya... macam mana nak buat
events/projek tanpa dana/wang?
Seperti projek/acara yang telah lalu, Komuniti Ubuntu Malaysia menggunakan
duit poket masing2 serta bantuan sponsor yang kecil dan duit tersebut
diuruskan dan dihabiskan untuk projek tersebut sahaja.
Pada fikiran saya, kita boleh meneruskan projek/acara akan datang dengan
cara yang sama. Namun, seandainya ada dana yang besar dari mana-mana pihak,
ia harus diuruskan oleh jawatankuasa yang melaksanakan projek/aktiviti
tersebut dengan telus.
Berkenaan nama penerima sumbangan / akaun penerima sumbangan, tiada siapa
pun yang boleh menerima sumbangan bagi pihak Komuniti Ubuntu Malaysia. Oleh
itu, sumbangan tersebut mungkin boleh disalurkan kepada pihak pengurusan
yang menanggung kos perlaksanakan projek/acara tersebut. Pihak yang
menanggung kos ini juga TIDAK BOLEH MENGAKU bahawa dana tersebut diterima
bagi pihak atau mewakili Komuniti Ubuntu Malaysia. Apa yang penting,
aktiviti/projek Komuniti Ubuntu Malaysia akan tetap boleh berlangsung dengan
bantuan syarikat luar yang menanggung dan menguruskan kos perbelanjaan
aktiviti tersebut tanpa beliau atau Syarikat tersebut mengaku mewakili
Komuniti Ubuntu Malaysia.
Syarikat tersebut boleh terdiri dari syarikat luar atau syarikat yang
dimiliki ahli komuniti. Namun Syarikat tersebut dengan jelas BUKANLAH
mewakili komuniti.
So, kita boleh letak la, kos perlaksanaan projek ditanggung oleh ABCDEF Sdn
Bhd. ke, VWXYZ Enterprise ke, dan kita boleh bagi la terima kasih kat
syarikat tu kat dalam wiki atau laman web kot.
Selain dari apa yang difikirkan ini, kita juga boleh mendapatkan khidmat
nasihat dari LoCo Council (Local Community Council) berkenaan isu ini kerana
LoCo Ubuntu di negara lain juga banyak melakukan aktiviti yang besar. Lalu,
persoalannya kembali... bagaimana mereka menguruskan wang/menanggung kos
perbelanjaan aktiviti mereka?
Itu hanyalah pandangan saya. Harap dapat dibincangkan jika masih ada
keraguan atau kekeliruan fakta.
2009/3/24 Wan M Fahmi Wan Azmi <me at wanfahmi.com>
> Or translate CoC dalam Bahasa Malaysia, any dispute please refer to English
> version. Macam kebanyakan T&C yang di alih bahasa.
>
>
> On Tue, Mar 24, 2009 at 14:02, Harisfazillah Jamel <
> linuxmalaysia at gmail.com> wrote:
>
>> CoC tu mcm Legal Binding. Jadi perlu ada terjemahankan betul-betul
>> ikut maksud sebenar CoC dalam English.
>>
>> 2009/3/24 ApOgEE <jerungkun at gmail.com>:
>> > Good Idea Gunbladeiv...
>> >
>> > +1 gunbladeiv
>> >
>> >
>> >
>> > On Tue, Mar 24, 2009 at 1:51 PM, Mohd Faizul Bin Zulkipli
>> > <gunbladeiv at gmail.com> wrote:
>> >>
>> >> -----BEGIN PGP SIGNED MESSAGE-----
>> >> Hash: SHA1
>> >>
>> >> Do we need to translate the CoC in order for Malaysian to truly
>> >> understand the CoC?
>> >>
>> >>
>>
>> --
>> Ubuntu-my mailing list
>> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
>> Modify settings or unsubscribe at:
>> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>>
>
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at:
> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>
>
--
Best Wishes,
ApOgEE a.k.a JeRuNgKuN
----------------------------------------------------
https://edge.launchpad.net/~apogee - ApOgEE on LaunchPad
http://artofapogee.blogspot.com - Art Of ApOgEE
http://coderstalk.blogspot.com - Coder's Talk
----------------------------------------------------
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20090324/696d4f59/attachment.htm
More information about the Ubuntu-my
mailing list