[ubuntu-my] Isu Mencari Duit Untuk Komuniti

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia at gmail.com
Tue Mar 24 04:12:31 GMT 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jangan rasa bersalah untuk apa-apa cadangan yang baik untuk komuniti
dan individu lain.

Yang penting kita open kepada perbincangan.

Bila kita bercakap soal duit ramai yang rasakan kita sebagai komuniti
tidak perlu hendak dapatkan duit dan making business out of it.

http://www.canonical.com/

Ramai tahu Ubuntu.com tapi ramai yang tidak cuba jejak ke website
diatas. Rasanya dan sepatutnya ramai tahu siapa Canonical.

http://www.canonical.com/aboutus

"Canonical is the commercial sponsor of Ubuntu project."

Ubuntu tidak akan semaju sekarang jika tidak ada business yang support
begini. Up until now, Canonical belum pun break even, walaupun
pendapatan mencecah 300 Million (pound ke dolar yer, Ejat leh
confirm???).

Semuanya duit. Nak burn cd pun duit, nak dtg kumpul pun duit nak
download pun duit nak email ni pun kena ada Internet pun duit.

dan saya dalam pertemuan dengan Ubuntu baru-baru saya bangkit isu ini
bagi perbincangan semua.

Kita perlu bincang dengan hati yang terbuka. Antara isu-isu yang kita
kena ambil perhatian.

(1) bagaimana komuniti tidak menjadi persaing kepada freelance dan
syarikat OSS sedia ada yang juga adalah komuniti ubuntu sendiri.

(2) bagaimana kita hendak wujudkan pengasingan antara dana atau
sponsorship untuk aktiviti Ubuntu agar ia tidak bercampur dengan duit
daripada usaha membuat untung.

(3) Berapa pembahagian keuntungan yang mahu dikongsikan dengan komuniti

(4) Siapa pemegang amanah akaun duit komuniti.

Perkara ini serius kita perlu bincangkan kerana banyak perkara jadi
terhad kerana soal duit ini. Penaja boleh dicari dan sedia berikan
duit tapi bagaimana ia mahu disalurkan.

2009/3/24 Wan M Fahmi Wan Azmi <me at wanfahmi.com>:
> Aku rasa bersalah..
>
> Niat aku untuk kutip dana untuk aktiviti community dan buka untuk personal
> gain.
>
> Maaf to all, Especially to Zarul.
> Salam.
>
> itiknila
>



More information about the Ubuntu-my mailing list