[ubuntu-my] Wiki ubuntu-my

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia at gmail.com
Sat Mar 21 14:33:49 GMT 2009


Itu saya angin dengan DRP-IT waktu tu. Ada ke dokumen yang diterbitkan
dengan Lesen GNU Free Documentation Licensing (GNU FDL) ada ditulis
"Strictly Confidential". Memang tak faham lesen OSS.

Memang dalam dokumen itu kandungan yang melibat bab-bab Linux adalah
GNU FDL. Sekitar tahun 2004 Creative Common belum ada lagi.

Saya telah ambil keputusan untuk edarkan dokumen itu berdasarkan
kehendak lesen dan keperluan untuk mengekalkan ia.

http://blog.harisfazillah.info/2008/11/old-slide-for-linux-class.html

Jika mahu keluarkan semula. Kena cari jalan untuk boleh ke GNU FDL ke versi 1.3.

http://en.wikipedia.org/wiki/GNU_Free_Documentation_License

----

Terma, syarat dan perlesenan asal boleh dirujuk dibawah ini.

INFRASTRUKTUR SISTEM & LINUX
Edisi Kursus: ISL9-v1.1.3-final5 (16/05/2004)
Untuk Perisian Versi: Red Hat 9.0

PRA-KATA
PANEL PEMBANGUN KURSUS

Pembangun Kurikulum dan Penulis Teknikal: Khalid A. Al-Jufry Editor:
Cheok Lai Fong Editor Pengulas: Asni Nor Rizwan Abdul Rani
Penganalisis Kualiti: Azahari Ismail

PELESENAN

Seksyen A
Hak Cipta © 2004, DRB Hicom Berhad
Sebarang perubahan perlulah mendapat persetujuan bertulis, melainkan
Pelajaran 1 (Pengenalan Kepada Sistem Komputer & Rangkaian Setempat)
dan Pelajaran 2 (Teknologi Kekal Berfungsi) yang termasuk ke dalam
pelesenan GNU FDL.

Seksyen B
Hak Cipta © 2000-2003, Khalid A. Al-Jufry
Hak Cipta © 2004, BostonWeb Academy Sdn. Bhd. dan DRB Hicom Berhad
Kebenaran diberikan kepada semua untuk menyalin, mengedar dan/atau
membuat perubahan ke atas seksyen B buku panduan ini di bawah
peraturan yang ditetapkan oleh GNU Free Documentation Licensing (GNU
FDL), Versi 1.1 atau versi terbaru yang dikeluarkan oleh Free
Foundation Software; tanpa sebarang ceraian varian, tanpa teks muka
hadapan dan tanpa teks kulit belakang. Salinan lesen GNU FDL boleh
diperoleh dari laman web asalnya di
http://www.gnu.org/licenses/fdl.txt Buku panduan ini ditulis dan
dikumpulkan sebagai penghargaan dan terima kasih kepada Linux itu
sendiri selain menjadi panduan kepada para pelatih untuk memahaminya.

Adalah menjadi harapan penulis agar, panduan ini akan menjadi ikutan
para pelatih dalam memahami Linux, tidak dinafikan banyak lagi aspek
yang boleh dipertingkatkan di hampir kesemua bahagian buku panduan
ini, oleh itu segala maklum balas amat dihargai.

AMARAN & PELEPASAN TUNTUTAN

Terdapat banyak rujukan yang memperkatakan mengenai sesuatu program,
perisian dan produk di dalam buku ini. Tiada peguam ataupun pakar
undang-undang yang terlibat dalam penghasilan buku ini, oleh itu
penerbit dan penulis tidak menafikan mungkin terdapat salah cara
terutamanya sewaktu menyatakan sesuatu yang berkenaan dengan hak
cipta. Namun, penerbit dan penulis amat menghargai semua hak cipta dan
pemegang hak ciptanya. Pembaca bagaimanapun dinasihatkan menghubungi
sendiri pemegang hak ciptanya untuk mengetahui semua informasi lanjut
berkenaan tanda niaga dan hak cipta mereka.

Penerbit, dan mereka yang terlibat dalam penghasilan buku ini telah
mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. Segala usaha ini
termasuklah pembangunan, kajian dan percubaan ke atas teori, program
dan perisian untuk mengenal pasti kebolehpercayaannya. Namun, penerbit
dan penulis tetap tidak memberikan sebarang jaminan dalam apa jua
bentuk, percakapan atau penulisan yang merujuk kepada program,
perisian mahupun dokumentasi yang terkandung di dalam buku ini.
Penulis dan penerbit tidak boleh dikaitkan atau disabitkan kepada
sebarang insiden yang menyebabkan kerosakan secara sengaja ataupun
tidak, yang terbit dari hasil penggunaan sebarang teori atau liabiliti
yang terdapat di dalam buku ini. Dicetak di Malaysia.







2009/3/21 ApOgEE <jerungkun at gmail.com>:
> Wah encik haris, memang panjang dan tebal sekali bukunya. Terima kasih.
>
>  Ada tulis Strictly Confidential tu, boleh ke kami letak kat wiki sebahagian
> isinya? Ada apa2 isu hakcipta?
>



More information about the Ubuntu-my mailing list