[ubuntu-my] Application for Official LoCo Team

Firdaus bin Aziz firdaus.aziz at gmail.com
Sat Mar 21 04:52:42 GMT 2009


On Fri, 2009-03-20 at 15:55 +0800, Fahmi wrote:
> Ada apa yg Jom Linux leh tolong ke?

Assalamualaikum,

Pertama, nak mintak permisi Fahmi agar segala aktiviti Jom Linux boleh
didokumentasikan dalam wiki Ubuntu-MY sebagai sebahagian aktiviti yang
dijalankan oleh komuniti Ubuntu Malaysia.

Kedua, memandangkan telah banyak usaha mengembangkan Ubuntu di mata
rakyat umum yang dijalankan oleh Fahmi, saya memberi sokongan sekiranya
Fahmi berminat untuk memohon menjadi Ubuntu Member.

Ketiga, kualiti produksi video Jom Linux di Youtube tidak kurang
hebatnya. Jika boleh, mungkin Fahmi berminat untuk membuat rakaman
aktiviti-aktiviti komuniti yang akan berlangsung di masa hadapan.
Sekiranya ianya melibatkan kos yang tinggi, boleh dibawa berbincang
ramai-ramai. Ramai yang bahu memikul, kurang sikit bebannya.




More information about the Ubuntu-my mailing list