[ubuntu-my] Ubuntu Meetup @ Activity for 2009

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia at gmail.com
Fri Mar 6 14:25:25 GMT 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam faham tu biasa dalam komuniti online begini. Kita perbetulkan
sebarang salah faham dan commit kepada matlamat. Komuniti kita ni
kecil aje. Apa pun saya bangga dengan usaha rakan-rakan dalam komuniti
ini. Old guy like me dah lama tak aktif dan harapan kepada generasi
baru dan muda untuk teruskan usaha OSS.

Berkaitan juga dengan aktiviti-aktiviti dengan Universiti. Jika ada
kesungguhan kalian semua, saya boleh panjangkan kepada rakan-rakan
kita di universiti-universiti. Biasanya aktiviti-aktiviti begini
disokong, hanya perlu komitment.

Berkaitan dengan MSC Malaysia Open Source Week yang akan diadakan pada
awal Jun 2009 bertempat di Berjaya Time Square Kuala Lumpur. Ia adalah
anjuran MDeC dalam mempromosikan OSS Malaysia kepada dunia.

Pihak MDeC akan sediakan tempat, publisiti, logistik, makan minum
peserta, meyediakan event organizer dan perkara-perkara
administration. Amanah yang kita perlu pegang adalah untuk menyediakan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk track "Developers".

Track lain adalah "CIO dan CTO" dan FOSS.my.

Berat kerana ia melibatkan akitiviti-aktiviti untuk 3 hari. MDeC
secara sukarela menyediakan perkara-perkara diatas, maka kita secara
sukarela melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menaikkan komuniti OSS
Malaysia di mata dunia.

Track "Developers" juga melibatkan kerja sama dengan OSDC.au dimana
MDeC akan usahakan rangkaian hubungan untuk menjemput developers luar
untuk turut datang ke Malaysia. Detail MDeC akan jelaskan dalam masa 2
minggu. MDeC sedang usaha perkara-perkara kelulusan pengurusan dan
pihak-pihak lain yang terlibat.

Akan tetapi, tidak ramai yang dapat dibawah kesini. Mungkin 5 orang.
Jadi slot-slot yang lain (banyak tu) perlu dipenuhi oleh
komuniti-komuniti Malaysia.

3 hari yang dicadangkan akan melibatkan pelbagai komuniti-komuniti OSS
Malaysia. Jadi tidak beban kepada satu komuniti untuk 3 hari. Kita
perlu menyediakan "satu cara perbincangan" untuk memudahkan hubungan
antara komuniti dan penyelarasan. Sama ada melalui komiti pasukan
kerja yang dilantik atau inidividu atau organisasi sebagai "protem"
kepada semua.

Tetapi Ubuntu Malaysia perlu membentuk pasukan kerja dan AJK yang sendiri.

Oleh kerana kita dijemput untuk terlibat dalam track "Developers" maka
aktiviti-akitiviti dapatlah disesuaikan dengan developers. Sebagai
contoh :-

(1) Projek Terjemahan
(2) Cara untuk membuat bug reports
(3) Packaging

tetapi tidak perlulah kita terikat sangat dengan perkara "Developers".

Panjang saya menulis, saya buka kepada komen dan perbincangan. Ini
peluang kepada Ubuntu Malaysia untuk bekerja sama dan menjayakan
sesuatu.

dan untuk pengetahuan semua. Tahun ini adalah ulang tahun ke 10
rakan-rakan OSS Mypenguin99 bergerak dalam kumpulan OSS. Bermula
dengan server mailing list tumpang di TV3 pada waktu itu sehingga
berpindah ke MyPenguin99 Yahoogroups dan tidak lupa forum ITtutor.net
pun

Wassalam.

: )

Harisfazillah Jamel.

2009/3/6 Fahmi <editor at jomlinux.com>:
> macam aku ckp smalam fenris..aku ada post pasal Linux Varsiti kat Jom
> Linux...lagi satu, janganlah anggap program pergi UiTM Arau tu program
> Linux Varsiti. Geng Jom Linux rasa terkilan sebab penat2 kluar duit
> sendiri, penat2 perah otak dan lain2..tetiba orang lain dapat nama...ia
> mengguris hati sbenarnya. :-(
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at: https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>



-- 
My Blog
http://blog.harisfazillah.info/

My Network
http://linuxdotmy.multiply.com/



More information about the Ubuntu-my mailing list