[ubuntu-my] Event opportunity in Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.

Mohd Faizul Zulkipli gunbladeiv at gmail.com
Thu Apr 2 09:47:06 BST 2009


Salam,

Saya baru berbincang dengan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Sultan Idris Shah berkaitan minggu IT yang akan diadakan pada 7hb Mei 2009(Khamis) di Politeknik ini sendiri.  Didalam perancangan sedia ada, sebagaimana yang telah diberitahu kepada saya, MAMPU telah pun memastikan penglibatan mereka pada tarikh tersebut.  Oleh itu saya pun cucuk jarum dan tanya kepada Ketua Jabatan(KJ) jika ada kekosongan untuk komuniti Ubuntu Malaysia untuk turut serta pada tarikh tersebut.  

Jawapan KJ:

Boleh, suruh wakil dari Ubuntu Malaysia untuk contact dengan saya untuk memastikan apa kehendak(dari segi bayaran jika perlu) dan lain-lain maklumat berkaitan penglibatan Ubuntu Malaysia untuk aktiviti tersebut.

---------------

So amacam? ini salah satu peluang la untuk kita buat projek bagi tahun ni.  Sesiapa yang berminat or buleh bagi cadangan? emmm.. ???


-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20090402/fd97b7fc/attachment.htm 


More information about the Ubuntu-my mailing list