[ubuntu-my] Promosi Ubuntu di Kolej Shahputra (IPTS)
fenris
fenris at ubuntu.com.my
Sun Aug 3 18:35:02 BST 2008
Guys,
I think we should look into this event and have someone from community
to get in.
CnP from forums :
http://forums.ubuntu.com.my/viewtopic.php?f=11&t=413&sid=dd6bcc6049fb5a259cb25adb357322ee
Ini adalah sesuatu yang saya fikirkan sejak meetup ubuntu malaysia
tempoh hari iaitu masuk ke IPT dan kolej pada temasya atau program
tertentu untuk memperkenalkan ubuntu. Baru sebentar tadi seorang sahabat
mencetuskan idea ini dan terus menghubungi saya melalui YM. Cadangannya
ialah untuk mengadakan satu khemah promosi ubuntu sempena program
"Exploring Modern Sciences" di kolej ShahPutra Kuantan. Detail adalah
seperti berikut;
Tarikh : 25 Ogos 2008 (8:00 pg-4:30 ptg)
Sempena : Exploring Modern Sciences yang turut menjemput DATUK DR.
SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR AL MASRIE BIN SHEIKH MUSTAPHA sebagai tetamu.
Sewa tapak (sekali dgn kemah) : 2 pilihan RM100 dan RM150 untuk 1 tapak.
Peralatan diperlukan : Banner, demo PC atau laptop, CD/DVD ubuntu
(cadangan dibuka)
.....dan beberapa perkara berbangkit lain.
Saya menulis entri ini dengan 4 sebab;
1 ⇢ Saya inginkan cadangan bernas dari pembaca sekalian berkenaan
pengisian dan beberapa perkara berbangkit.
2 ⇢ Saya ingin buka program ini untuk tajaan. Anda tahu, kami sebagai
pihak promosi memerlukan sumbangan tajaan dari pelbagai pihak untuk
menyelesaikan masalah sewa tapak dan peralatan seperti banner dan
penghasilan CD ubuntu.
3 ⇢ Program ini juga memerlukan sukarelawan. Sudah tentu mereka yang
berdekatan boleh menjadi sukarelawan!
4 ⇢ Saya ingin mengutarakan hal ini supaya dimasa akan datang program
seperti ini boleh diadakan di tempat anda pula.
untuk maklumat lanjut,pertanyaan, komen atau turutserta bolehlah ke blog
Ubuntu for Malaysia atau UbuntuSeekers.co.cc
Pandangan anda amatlah kami hargai
Sekian,
UbuntuSeekers.co.cc
Ubuntu for Malaysia
Khairul Aizat Kamarudzzaman
Ubuntu-my LoCo Member
https://launchpad.net/~fenris
https://wiki.ubuntu.com/fenris
fenris at ubuntu.com
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20080804/71c8196c/attachment.htm
-------------- next part --------------
A non-text attachment was scrubbed...
Name: not available
Type: application/pgp-signature
Size: 189 bytes
Desc: This is a digitally signed message part
Url : https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20080804/71c8196c/attachment.pgp
More information about the Ubuntu-my
mailing list