[ubuntu-my] Say "NO" to OOXML as an ISO Standard in Malay

Ezwan Aizat Bin Abdullah Faiz aizat.faiz at gmail.com
Thu Jul 5 07:59:15 BST 2007


-------- Forwarded Message --------
> There's a Bahasa Malaysia version now -- the petition:
> http://www.noooxml.org/petition-my
> 
> Irwan did the translation. Thanks, bro! I edited it a bit and
> submitted it.
> 
> If you are able to improve the translation further, please send to me
> and I'll coordinated submitting it up.
> 
> Anyway, please keep encouraging others to sign the petition.
> 
> Hasan. 

Saya memohon ahli-ahli ISO untuk mengundi “TIDAK” di dalam undian ISO
DIS 29500 (Office OpenXML atau OOXML format) atas sebab-sebab berikut:

     1. Sudah ada standard ISO26300 iaitu Open Document Format (ODF):
        kewujudan dua standard menambah kos, ketidakpastian dan
        kekeliruan di kalangan industri, kerajaan dan rakyat;
     2. Belum ada sebarang pelaksanaan terbukti bagi spesifikasi OOXML:
        Microsoft Office 2007 menghasilkan versi OOXML tersendiri,
        bukannya sebuah format fail yang menepati spesifikasi OOXML;
     3. Tiada maklumat di dalam dokumen spesifikasi; contohnya bagaimana
        hendak melakukan autoSpaceLikeWord95 atau
        useWord97LineBreakRules;
     4. Lebih daripada 10% contoh-contoh yang dinyatakan di dalam
        standard yang dicadangkan tidak sah sebagai XML;
     5. Tiada jaminan yang sesiapapun dapat membangunkan perisian yang
        melaksanakan spesifikasi OOXML, sama ada sepenuhnya atau
        sebahgian daripadanya, tidak akan dikenakan ganti rugi paten
        atau yuran untuk lesen paten daripada Microsoft;
     6. Cadangan standard ini bercanggah dengan standard ISO yang lain,
        seperti ISO 8601 (Representation of dates and times), ISO 639
        (Codes for the Representation of Names and Languages) atau
        ISO/IEC 10118-3 (cryptographic hash);
     7. Terdapat pepijat (bug)di dalam format fail hamparan
        (spreadsheet) yang tidak membenarkan penggunaan tarikh sebelum
        tahun 1900: pepijat tersebut menjejaskan spesifikasi OOXML serta
        versi perisian lain seperti Microsoft Excel 2000, XP, 2003 atau
        2007.
     8. Cadangan standard ini tidak dibuat dengan mengembeling
        pengalaman dan kepakaran pihak-pihak lain yang berminat (seperti
        penerbit, penjual, pembeli, pengguna dan pihak berkuasa),
        sebaliknya hanya melibatkan Microsoft sahaja.

-- 
aizat faiz: sleep to the power of z. -_-;;^zzz
aizatto.com        - http://aizatto.com
foss malaysia      - http://foss.org.my
open malaysia blog - http://www.openmalaysiablog.com




More information about the Ubuntu-my mailing list